mutual suspicion | saling curiga | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perihal hubungan antara dua atur cara yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Setiap atur cara sentiasa menganggap atur cara lain sentiasa berusaha melakukan hasad atau mengandungi kecacatan. Setiap atur cara memberikan capaian terhadap kepada antara muka sistem masing-masing. |
mid-market rate | kadar pasaran pertengahan | Ekonomi | Tiada | Titik tengah antara harga beli dan jual bagi dua mata wang pada bila-bila masa. Kadar pasaran pertengahan sentiasa berubah disebabkan oleh permintaan dan penawaran mata wang yang sentiasa berubah. |
vigilance | kewaspadaan | Perubatan | Psikiatri | Keadaan seseorang yang sentiasa bersedia atau berjaga-jaga. |
vigilance | kewaspadaan | Perubatan | Psikiatri | Keadaan seseorang yang sentiasa bersedia atau berjaga-jaga. |
endemic | endemik | Kejururawatan | Tiada | Perihal penyakit yang sentiasa terdapat di kalangan penduduk sesuatu kawasan. |
mutating virus | virus pemutasian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang sentiasa bertukar sifat atau bentuk selepas jangkitan. Keadaan ini boleh menyebabkan virus tersebut sukar atau tidak dapat dikesan oleh perisian antivirus berdasarkan tandatangan virus. |
constant error | ralat malar | Kimia | Kimia Analisis | Ralat yang magnitudnya sentiasa tetap atau malar dan tidak bergantung kepada saiz sampel. bd. ralat perkadaran. |
hot wallet | dompet panas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dompet mata wang kripto yang sentiasa disambungkan ke rangkaian internet dan mata wang kripto. |
traffic fluctuation | turun naik trafik | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bilangan trafik yang sentiasa berubah mengikut keadaan jalan, tempat, dan masa. |
self-encrypting virus | virus swasulit | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus swaherot yang menggunakan algoritma penyulitan bersama kekunci yang berubah pada setiap kali jangkitan. Virus ini mengubah kandungannya agar berlainan dengan tandatangan virus yang dikenali. Virus ini akan menggunakan kekunci penyulitan yang sentiasa berubah supaya bentuk virus yang tersulit sentiasa berlainan dan seterusnya menggagalkan usaha perisian antivirus yang mengumpul tandatangan virus yang baru. |