Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.ti.men] | سينتيمن

Definisi : (séntimen) 1. perasaan yg berlebih-lebihan dan menurutkan kata hati terhadap sesuatu; 2. emosi atau perasaan yg lembut dan halus yg mudah mengusik jiwa; 3. pandangan atau pendapat tentang sesuatu: kau yg mengapi-apikan ~ perkauman; kau terlalu lekas tersinggung, terlalu lekas mengeluarkan perasaan ~mu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.ti.men] | سينتيمن

Definisi : /séntimen/ perasaan hati yg berlebih-lebihan terhadap sesuatu sehingga berlawanan dgn akal fikiran: Perkara ini hendaklah dibincangkan secara objektif, tidak dgn ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentimen (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perasaan, emosi, desak hati, gerak hati, kata hati, cita, manah, isi hati.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sectarianismsektarianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mengutamakan sentimen kelompok tertentu yang berasaskan agama, bahasa, kekeluargaan, tempat asal, hubungan darah, warna kulit mahupun ideologi. Fahaman ini menolak unsur objektiviti atau rasionalisme yang boleh menggugat kepentingan kelompok yang diutamakan. Pemikiran parokial ini terdapat dalam sebuah masyarakat yang tradisional, kurang pendidikan dan terpisah dari dunia luar. Walau bagaimanapun, unsur ini juga terdapat dalam masyarakat moden terutamanya yang berasaskan ideologi dan organisasi tertentu. Contohnya, faham kepuakan adalah sangat tinggi dalam politik India apabila setiap kaum dan negeri memiliki parti dan NGO sendiri seperti Liga Muslim, Hindu Mahasabha, Akali Dal dan Telugu Desam. Sinonim faham kepuakan.
virtue signallingpengisyaratan murniPsikologiTiadaPernyataan umum atau sentimen yang bertujuan untuk menunjukkan budi pekerti atau hati nurani sosial seseorang atau ketepatan moral pendirian seseorang dalam isu tertentu.
virtue signalisyarat murniPsikologiTiadaPernyataan umum atau sentimen yang bertujuan untuk menunjukkan budi pekerti atau hati nurani sosial seseorang atau ketepatan moral pendirian seseorang dalam isu tertentu.
symbol manipulationmanipulasi simbolSains PolitikPolitik PerbandinganSimbol atau lambang kebanggaan sesuatu masyarakat atau negara yang digunakan untuk kepentingan sesuatu pihak. Lambang yang digunakan ini dibentuk berasaskan faktor seperti bersifat keagamaan, perkauman, sentimen daerah, bahasa dan budaya bagi mendapatkan sokongan rakyat. Lambang yang menggambarkan sifat kelompok etnik atau komuniti akan menarik perhatian orang ramai dan memudahkan sesuatu pihak mendapatkan sokongan politik. Lambang keagamaan dalam logo atau bendera parti politik merupakan contoh manipulasi simbol mendapatkan sokongan atau undi. Demikian juga simbol yang memanipulasi sentimen etnik tertentu untuk menarik perhatian orang ramai seperti gambaran wajah Red Indian, pemimpin yang dipuja, bapa kemerdekaan, lambang yang menggambarkan kesucian, nombor yang diidentifikasi kepada sesuatu kelompok dan nama-nama parti yang bersifat keagamaan seperti Liga Muslim, Christian Democrat dan Hindu Mahasabha.
tribal politicspolitik kabilahSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang bersifat tradisional yang mengutamakan ikatan kekeluargaan, suku atau kaum. Sentimen keagamaan, bahasa yang digunakan, budaya, daerah dan primordial yang lain cukup kuat mempengaruhi politik jenis ini. Hubungan patronage dan kekerabatan ini mengatasi ikatan kepartian, ideologi, kerasionalan dan nasionalisme. Politik ini masih banyak terdapat dalam negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Hal ini menyukarkan amalan demokrasi, penglibatan yang tinggi dan persaingan yang bebas dilaksanakan di negara tersebut. Contohnya, politik dalam suku kaum Bushman di Botswana, suku kaum Masai di Kenya dan suku kaum Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sinonim politik kesukuan.
solidarityperpaduanSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan rapat atau sepadu dalam sebuah komuniti yang berasaskan objektif, kepentingan atau nilai sepunya. Anggota komuniti berkongsi sentimen yang sama seperti bahasa, agama, dan budaya, sekali gus membentuk hubungan kekitaan yang sangat kuat. Hubungan ini kemudiannya mewujudkan pula perasaan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Dalam komuniti ini, wujud amalan tolong-menolong, gotong-royong dan saling bekerjasama. Perpaduan kebiasaannya lebih kuat dalam masyarakat kecil berbanding dengan masyarakat yang lebih besar. Hal ini kerana masyarakat yang besar mengalami proses industrilisasi, urbanisasi dan modenisasi yang mengutamakan kepentingan individu daripada komuniti.
polarizationpolarisasiSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan menjadikan suatu masyarakat atau masyarakat antarabangsa berpecah kepada dua pihak yang bertentangan semata-mata kerana sesuatu ideologi, isu atau sentimen ras. Proses pemecahan dua pihak ini berjalan secara perlahan kesan daripada perbezaan pendapat atau persepsi yang muncul secara jelas dalam sesuatu masyarakat. Masyarakat demokratik umpamanya boleh dipolarisasikan kepada kelompok yang menyokong pengekalan institusi raja atau yang menentangnya dan yang menyokong kebebasan beragama atau menentangnya. Manakala masyarakat plural pula boleh terbahagi kepada peribumi dengan bukan peribumi, kulit hitam dengan kulit putih dan masyarakat antarabangsa dahulu yang menyokong Amerika Syarikat dengan yang menyokong Soviet Union.
nationbangsaSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok masyarakat yang besar dan memiliki satu tamadun, budaya, bahasa, seni, sejarah, adat, tradisi serta identiti yang dikongsi bersama. Bangsa ini menduduki kawasan yang jelas sempadannya, mempunyai sentimen dan kepentingan bersama untuk hidup dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat seperti Jepun, Sweden, Norway dan Switzerland. Walaupun begitu, terdapat juga bangsa yang belum membentuk sebuah negara yang berdaulat seperti bangsa Kurdish. Bangsa ini terpisah dalam beberapa negara seperti yang terdapat di Iraq, Turki dan Mesir.
healthcare analyticsanalisis penjagaan kesihatanTeknologi Maklumate-KesihatanBerkaitan dengan aktiviti menganalisis data penjagaan kesihatan yang diperoleh daripada rekod kesihatan elektronik (EHR). Antara data yang dianalisis ialah kos dan tuntutan, pembangunan farmaseutikal dan sentimen, pembangunan penyelidikan, dan kelakuan pesakit. Aktiviti ini dapat meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan dapat memberikan gambaran pola pelbagai data penjagaan kesihatan.
insurgentpemberontakSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau kelompok yang melancarkan penentangan secara kekerasan dan di luar batas undang-undang terhadap autoriti atau kerajaan yang sah. Tindakan ini biasanya mendapat sokongan daripada kelompok lain yang berkongsi kepentingan atau sentimen yang sama. Tindakan ini dilakukan untuk mendapat kuasa politik atau kerana sesuatu ideologi, faktor perkauman atau sokongan daripada kuasa luar. Secara tidak langsung, pemberontakan ini boleh membahayakan kedudukan pemerintah, keselamatan awam dan negara. Contohnya, kumpulan Abu Sayaf yang bergerak di Selatan Filipina yang sering melakukan penculikan dan pembunuhan.
12

Kembali ke atas