sentimental drama | drama sentimental | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang memberikan fokus kepada nilai-nilai murni sebagai reaksi kepada komedi pemulihan yang dianggap mengutamakan maksiat. Drama sentimental menampilkan watak kelas menengah yang digambarkan mempunyai segala keunggulan. Biasanya watak dalam drama ini harus menempuh pelbagai ujian getir sebelum mencapai kebahagiaan pada akhir cerita, selain membangkitkan rasa terharu dan hiba kepada khalayak. Drama sentimental yang popular dalam kalangan golongan kelas menengah pada kurun ke-18 dirintis oleh Richard Steele dalam The Funeral (1701). Seterusnya drama ini dikembangkan dalam The Conscious Lovers. Contoh lain ditemui dalam karya berjudul False Delicacy Hugh Kelly. |
sentimental comedy | komedi sentimental | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk persembahan drama yang memaparkan kehidupan masyarakat kelas pertengahan. Komedi ini amat popular dalam kalangan khalayak kelas pertengahan pada abad ke-18 Eropah. Drama ini merupakan reaksi daripada drama sebelumnya yang mengetengahkan kehidupan yang tidak bermoral masyarakat kelas bangsawan. Untuk tujuan tersebut, tema yang ditonjolkan dalam drama ini berlegar tentang perhubungan lelaki dengan perempuan dengan nilai-nilai murninya, dan secara khususnya memberi penegasan dari aspek emosi dan perasaan. Watak sebagai wira dan wirawati digambarkan sebagai watak yang unggul dan sebagai ganjarannya, mereka akan dibalas dengan kebahagiaan. Contohnya, karya Richard Steele yang berjudul The Conscious Loves. Lihat juga komedi, komedi romantik. |
sentimental value | nilai sentimental | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
ballad | balada | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada yang romantis dan sentimental. Balada mengandungi tema atau kisah pengembaraan, percintaan, peperangan, masalah kekeluargaan, pemberontakan dan sebagainya. Umumnya, tema utama dalam balada berdasarkan kisah atau tokoh sejarah atau legenda tempatan yang bersumberkan cerita lisan rakyat. Tradisi penciptaan balada bermula di Eropah sekitar akhir abad pertengahan: Denmark pada abad ke-12, Rusia pada abad ke-13, Sepanyol, Scotland dan England pada abad ke-14. Balada terbahagi kepada tiga jenis yang utama, iaitu balada rakyat, balada popular, dan balada seni. |
ballad | balada | Kesusasteraan | Puisi | Sajak, puisi, kisah atau cerita tentang sesuatu atau seseorang tokoh yang lazimnya bernada romantis dan sentimental. Pada asalnya balada diciptakan untuk dinyanyikan sebagai hiburan. Balada terbentuk daripada rangkap atau bait dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris seperti pantun atau syair. Walau bagaimanapun rima akhirnya berbentuk a b c b. |
comfort food | makanan selesa | Makanan dan Pemakanan | Tiada | Jenis makanan yang memiliki daya tarik yang khusus dan boleh memberi nilai sentimental kepada seseorang apabila memakannya seperti makanan manis atau makanan yang dimakan sewaktu kecil. |
classical ballad | balada klasik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi kisah atau cerita tentang sesuatu atau seseorang tokoh pahlawan (legenda) yang lazimnya mengandungi nada romantis dan nilai sentimental, sama ada yang bercetak atau masih berbentuk lisan. Ciri-ciri yang menunjukkan sesebuah puisi itu tergolong dalam kategori balada klasik adalah dari segi nilai sasteranya yang tinggi, dijadikan ukuran menentukan keberhasilan puisi yang sezaman dengannya atau lebih kemudian. |
lyrical ballad | balada lirik | Kesusasteraan | Puisi | Balada yang mengandungi kisah atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang tokoh yang sarat dengan nada dan unsur romantis dan sentimental serta curahan perasaan pengarang. Aspek-aspek perasaan yang diungkapkan itu akan menyentuh perasaan khalayak apabila balada itu dideklamasikan. |
patos | sentuh hiba | Kesusasteraan | Tiada | Sifat karya sastera yang membangkitkan perasaan sayang, belas kasihan dan hiba. Karya sentuh hiba dianggap karya yang kurang baik dan membawa nada sentimental dan kesedihan apabila disampaikan secara keterlaluan. Contohnya, gambaran kematian Little Nell dalam karya Charles Dickens berjudul The Old Curiosity Shop. Sentuh hiba yang baik boleh dicapai apabila disampaikan secara halus, terkawal, dan tidak melampau. Contohnya, ucapan King Lear semasa baginda ditemukan dengan anaknya Cordelia: Pray, do not mock me, I an a very foolish fond old man Sentuh hiba berasal daripada perkataan Yunani patos yang bermaksud �penderitaan� atau �keghairahan�. |
junk drawer | laci rencam | Umum | Tiada | Laci untuk menyimpan pelbagai barangan atau objek kecil, sama ada barangan tersebut masih boleh digunakan, bernilai atau tidak dan mungkin mempunyai nilai sentimental. |