the silent majority | majoriti senyap | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan terbesar dalam sebuah masyarakat atau dewan perhimpunan tetapi tidak melahirkan pendapat, tidak mengundi atau tidak dapat mempengaruhi sesuatu keputusan. Golongan ini tidak menggunakan kelebihan komposisi majoritinya sebaliknya lebih suka berdiam diri. Majoriti senyap merupakan golongan yang tidak suka menonjolkan diri. Contohnya, penduduk wanita dalam sesebuah negeri sering dianggap sebagai golongan majoriti senyap. |
shadowban | sekatan senyap | Teknologi Maklumat | Tiada | Tindakan syarikat media sosial yang mengehadkan keterlihatan kandungan hantaran di akaun media sosial pengguna, tanpa diketahui oleh pengguna tersebut secara langsung. |
silent spreader | perebak senyap | Kesihatan Awam | Tiada | Seseorang yang tidak mengalami gejala sesuatu penyakit, tetapi menjangkiti orang lain. |
silent mutation | mutasi senyap | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Sejenis mutasi titik, iaitu pertukaran satu bes nukleotida dengan satu bes nukleotida yang lain, yang tidak menyebabkan perubahan kepada asid amino, protein dan fungsi. |
quiet firing | pemecatan senyap | Pentadbiran | Tiada | Situasi dalam pekerjaan apabila majikan mewujudkan keadaan persekitaran kerja yang tidak kondusif dan menyusahkan pekerja sehingga menyebabkan pekerja membuat keputusan untuk berhenti kerja atas kerelaan sendiri. |
silent rave | disko senyap | Umum | Tiada | Acara tarian yang memerlukan pengunjungnya menari mengikut muzik yang dihantar melalui fon kepala wayarles dan bukannya dimainkan melalui sistem pembesar suara. Sinonim silent disco. |
silent disco | disko senyap | Umum | Tiada | Acara tarian yang memerlukan pengunjungnya menari mengikut muzik yang dihantar melalui fon kepala wayarles dan bukannya dimainkan melalui sistem pembesar suara. Sinonim silent rave. |
silent substitution | tukar ganti senyap | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Penggantian bes dalam jujukan rangkaian nukleotida tanpa melibatkan sebarang perubahan dalam asid amino atau fungsi protein. |
pause | jeda | Kesusasteraan | Puisi | Proses pembacaan sama ada senyap mahupun kuat terutama sewaktu mendeklamasikan puisi. Lazimnya jeda bermaksud pemberhentian seketika arus penuturan atau pendeklamasian sesuatu baris puisi. Ini bertujuan untuk menandakan batas hubungan antara bahagian perkataan, frasa atau kalimat yang terdapat dalam sesuatu baris itu. Jeda juga memberikan ruang kepada seseorang penqeklamasi mengambil nafas terutama apabila mendeklamasikan sesuatu kalimat yang panjang. Dalam hal ini apabila seseorang pembaca itu salah meletakkan jeda, kesannya boleh merubah makna puisi yang dideklamasikan. |
clandestine movement | gerakan sulit | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan politik yang dilakukan secara senyap atau bawah tanah dan di luar batasan perlembagaan bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan. Gerakan ini biasanya dipelopori oleh pemimpin yang menyedari ketidakadilan dan kekejaman yang wujud dalam sesebuah pemerintahan tetapi tidak mampu menyuarakannya secara terbuka disebabkan oleh kebimbangan terhadap hukuman politik yang akan dikenakan. Gerakan ini dimulai dengan pembentukan beberapa ahli kumpulan secara kecil-kecilan yang kemudiannya akan berkembang secara sulit dalam masyarakat. Apabila disedari oleh pemerintah, pemimpin gerakan ini akan ditangkap, dipenjarakan dan sesetengahnya pula terpaksa melarikan diri serta memohon perlindungan politik dari negara lain. Contohnya, gerakan Masonic Movement di Cuba yang ditubuhkan sejak tahun 1959 bagi menentang dan menggulingkan pemerintahan Fidel Castro. |