individual | individu; perseorangan | Kesusasteraan | Tiada | Manusia seorang diri atau orang perseorangan. |
solitary play | permainan solitari | Pendidikan | Tiada | Situasi kanak-kanak bermain seorang diri. |
ego | ego | Kesusasteraan | Tiada | 1. Diri seorang yang berfikir, merasa, berkemahuan, dan membezakan diri daripada orang lain. |
disguise | samar | Kesusasteraan | Tiada | 1. Unsur penyamaran motif-motif tertentu dalam komedi romantik misalnya seorang wirawati menyamar diri sebagai seorang lelaki, atau si pemuda menyamar dengan pelbagai cara untuk membolehkan dia menemui kekasihnya. |
reaction formation | pembentukan reaksi | Psikologi | Psikologi Umum | Sejenis mekanisme bela diri dengan melakukan tindakan yang berlawanan dengan perasaan yang wujud dalam diri. Contohnya, seorang ibu yang tidak menyukai anak tirinya akan membina tingkah laku seperti amat menyayangi dan melindungi anaknya. Tingkah laku yang terbentuk itu dikatakan akan menyekat impuls atau perasaan benci yang mungkin tidak disukai oleh masyarakat. |
self-esteem | penghargaan kendiri | Psikologi | Psikologi Umum | Anggapan individu terhadap dirinya sama ada seorang yang berguna atau sebaliknya. Individu memerlukan harga diri yang tinggi untuk mencapai kesejahteraan emosi. Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah biasanya akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawannya dan selalunya tidak mencapai prestasi akademik yang tinggi. Pembentukan harga diri yang rendah dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa yang keras sehingga kanak-kanak merasakan diri mereka tidak bahagia kerana sentiasa diberi dendaan. Sebaliknya, kanak-kanak yang menerima kasih sayang dan sokongan emosi yang tinggi akan mempunyai harga diri yang tinggi. |
catharsis | katarsis | Psikologi | Psikologi Umum | Tindakan menyalurkan perasaan marah dan tegang terhadap perkara lain yang tidak mendatangkan bahaya supaya tidak dipendamkan sehingga memudaratkan diri. Contohnya, seorang bapa yang memarahi anaknya yang ponteng sekolah akan melepaskan kemarahan tersebut kepada rakan sekerjanya. |
mirror phase | fasa cerminan | Kesusasteraan | Tiada | Proses pengenalan dan pengertian diri dalam kajian mengenai ego. Pada tahun 1950-1960, seorang pengkritik Perancis Jacques Lacan menyarankan suatu teori strukturalisme yang dipengaruhi teori linguistik Ferdinand de Sausure untuk tujuan kaedah psikoanalitik. Konsep ini timbul hasil daripada uji kaji yang membandingkan reaksi antara kanak-kanak dengan beruk apabila melihat imej sendiri dalam cermin. Hal ini mencetuskan pandangan tentang proses yang dilalui seorang kanak-kanak yang belum dipengaruhi orang lain, yakni belum pandai menggunakan bahasa, mula mengenali diri serta mengerti konsep diri. Kanak-kanak menjalani kehidupannya berpandukan naluri, persepsi, dan ikatan pertalian yang bersepihan. Identiti diri yang terbentuk pada tahap pembesaran ini merupakan identiti bersifat khayalan yang dinamai tahap cerminan. Seterusnya, kanak-kanak akan berasakan bahawa dia dan ibunya adalah sama akibat ikatan simbiotik antara mereka. Ikatan ini seterusnya membentuk rasa bersatu narsisis palsu (a false narcissistic sense |
win by retirement | menang kerana lawan undur diri (Tinju) | Sukan | Tiada | Keputusan yang diambil oleh pengadil dengan menetapkan seorang pemenang kerana pihak lawan dengan secara sukarela mengundurkan diri, pada waktu pertandingan sedang berlangsung, pada sukan tinju. |
egomania | egomania | Kesenian | Drama dan Teater | Sifat atau perasaan watak dalam drama yang terlalu sayang akan diri sendiri dan mementingkan segala kemahuan diri sendiri sahaja. Drama Hang Jebat Menderhakakarya Ali Aziz menampilkan Jebat sebagai seorang egomania. |