Micranthemum sp. | Micranthemum sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tumbuh secara merayap. Micranthemum sp. mempunyai batang yang kurus dengan 3 – 4 helai daun berbentuk lanseolat sepanjang 1.0 cm. Daunnya tersusun secara berputar dan tumbuh setinggi 0.5 cm. Micranthemum sp. juga boleh tumbuh sehingga 15 cm di dalam air. Antara jenis Micranthemum sp. ialah Micranthemum micranthemoides dan Micranthemum umbrosum. |
bandwidth | lebar jalur | Kimia | Kimia Analisis | 1. Sebaran imej sepanjang frekuensi nombor gelombang atau skala panjang gelombang. 2. Sebahagian daripada frekuensi spektrum yang boleh dilalui oleh komponen frekuensi sesuatu isyarat. |
lifetime policy | polisi sepanjang hayat | insurans | Tiada | 1. Polisi insurans hayat sementara yang dijamin pembaharuannya atau tidak boleh dibatalkan sehingga insured berumur 65 tahun atau tarikh terkemudian yang ditetapkan. 2. Polisi yang membayar faedah hilang upaya sepanjang hayat. |
alpha helix | pilin alfa | Fizik | Nanoteknologi | Struktur protein berbentuk pilin hasil susunan sejumlah asid amino dan merupakan struktur yang biasa bagi kebanyakan protein. Lebar pilin sekitar 5 �. Setiap asid amino mempunyai lingkaran 100� dalam pilin dan berpadanan dengan translasi 1.5 � sepanjang paksi pilin. Pilin tersusun padat sehingga hampir tiada ruang kosong di dalamnya. |
propagate | biak; rambat | Biologi | Tiada | 1. Membanyakkan atau membiakkan, seperti pada tumbuhan. 2. Mendorong, seperti pengujaan sepanjang gentian saraf. |
curb | susur jalan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Granit keras atau konkrit pratuang yang digunakan sebagai sempadan di sepanjang jalan dan mengehadkan lorong jalan kaki.,kren.,3. Kerangka kayu, bulat atau empat segi, yang dimasukkan ke dalam lubang syaf sebagai asas untuk dinding atau untuk menyokong dinding lubang itu, biasanya bersama-sama dengan kayu-kayu lain. |
subversion | subversi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Tindakan terancang untuk melemahkan keupayaan mekanisma keselamatan suatu sistem komputer secara tersembunyi sepanjang kitar hayat pembangunan sistem komputer tersebut. Tindakan ini bertujuan untuk membenarkan capaian terlarang yang tidak boleh dikesan oleh pemilik sistem komputer pada masa akan datang. Contohnya, seorang pengatur cara menyelitkan kod atur cara secara tersembunyi untuk memberikannya pintu belakang bagi mengelak mekanisme pengesahan pengguna yang terdapat pada perisian tersebut, dalam proses pembangunan perisian. 2. Tindakan oleh pengguna hasad yang mengubah kod atur cara pada perisian sistem pengesanan pencerobohan untuk menggagalkan keupayaannya untuk mengesan pencerobohan dengan baik. |
pitch | pic | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Pengumpulan resin yang berpunca daripada proses pemisahan di dalam kayu atau di dalam sel kayu tersebut. 2. Penandaan kerapatan pail di sepanjang lebar sesuatu tenunan karpet yang digambarkan melalui bilangan benang atau panjang jalur yang terkandung pada kelebaran 702 mm. Semakin besar nilai pic, semakin rapat kedudukan satu pail dengan pail yang lain dalam lebar karpet. 3. Atap yang condong atau paip yang mendatar. Lihat juga atap. |
diffusion coefficent | pekali pembauran | Kimia | Kimia Analisis | 1. Pernyataan keupayaan pembauran suatu zat terlarut di dalam fasa bergerak (dalam teknik kromatografi). Keupayaan atau kadar pembauran yang tinggi dalam fasa bergerak akan menyebabkan jalur zat terlarut terserak secara paksian di sepanjang turus dan ini mengakibatkan pelebaran puncak. 2. Berat sesuatu bahan dalam gram yang tersebar dalam kawasan seluas 1 cm persegi dalam satu saat dalam unit kecerunan kepekatan. |
economics | ekonomi | Ekonomi | Tiada | 1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan. |