Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constant squintjuling tetapSains KesihatanTiadaJuling yang berlaku pada satu masa sepanjang masa.
life annuityanuiti hayatEkonomiTiadaAnuiti yang dibayar kepada pewaris sepanjang masa hidupnya. Pembayaran tersebut akan terhenti apabila pewaris itu meninggal dunia.
motorcoach tourlawatan koc bermotorPelanconganTiadaLawatan melalui perjalanan darat dengan menaiki kenderaan bermotor sepanjang masa.
smart materialbahan pintarFizikNanoteknologiBahan yang direka bentuk pada skala nano bagi melakukan fungsi tertentu, dan sifat fiziknya seperti mekanik, haba, optik dan elektromagnet dapat dikawal menerusi perubahan persekitaran. Contohnya, cermin kereta swagelap yang berada dalam keadaan jernih sepanjang masa, tetapi berubah menjadi gelap apabila disinari cahaya berkeamatan tinggi untuk melindungi pemandu daripada silauan.
clinical decision support (CDS)sokongan keputusan klinikal (CDS)Teknologi Maklumate-KesihatanSistem pendekatan yang membolehkan pengamal perubatan, pesakit atau orang perseorangan mendapatkan pengetahuan dan maklumat khusus mengenai seseorang individu. Sistem ini juga direka untuk menapis secara pintar atau memaparkan maklumat pada bila-bila masa agar rawatan kesihatan dapat ditingkatkan sepanjang masa. Sistem ini dilengkapi dengan pelbagai alat untuk memudahkan keputusan dibuat dalam aliran kerja klinikal. CDS dapat meningkatkan kualiti, keselamatan, kecekapan dan keberkesanan penjagaan kesihatan.
economicsekonomiEkonomiTiada1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan.
recurring endowment assuranceasurans endowmen berulanginsuransTiadaInsurans endowmen yang jumlah modal akan dibayar oleh insurer kepada insured dalam beberapa selang masa yang ditetapkan di sepanjang tempoh insurans.
retention time (Rt) valuenilai masa penahanan (Rt)HerbaTiadaMasa yang diperlukan oleh isi padu tertentu bahan kimia dalam larutan sampel herba untuk mengalir melalui sesebuah turus. Nilai yang diukur ialah jarak antara takat suntikan ke garis tegak puncak maksimum bahan kimia di sepanjang garis dasar spektrum.
backgroundlatarKesusasteraanTiadaRuang, masa dan situasi yang menjadi konteks kepada sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Ruang merujuk kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung dan bandar. Contohnya, Kampung Banggol Derdap dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Masa merujuk kepada waktu, musim dan zaman seperti zaman perang dalam novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail. Situasi merujuk kepada keadaan sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama. Contohnya, pergolakan politik menjadi latar penulisan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Latar memainkan peranan penting untuk melahirkan suasana dan mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap penonton. Dalam drama, latar merujuk kepada tirai latar dan peralatan pentas yang digunakan.
parade patterncorak paradeKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCorak voltan pencucuh yang berubah mengikut masa, yang dipaparkan di atas layar osiloskop dalam satu baris dari kiri ke kanan sepanjang paksi mengufuk menurut urutan nyalaan enjin yang sedang diuji.
12

Kembali ke atas