Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.pa.ruh] | سڤاروه

Definisi : 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.pa.ruh] | سڤاروه

Definisi : salah satu bahagian drpd sesuatu yg dibahagi dua; setengah: ~ drpd hartanya dibagikan kpd anaknya. ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir ke peringkat akhir (bkn pertandingan bola sepak, badminton dsb). ~ mahir belum cukup mahir atau belum terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan atau tugas khusus. ~ mati hampir hendak mati; setengah mati. ~ sedar tidak sedar sepenuhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paruh2
Kata Terbitan : separuh,

Puisi
 

Kalau datang kapal serati,
     Naik bendera separuh tiang;
Kalau datang si jantung hati,
     Bulan mengambang kusangka siang.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tebuk separuh bersilattebuk separuh bersilatKesenianTiadaTebuk separuh yang mempunyai silat.
ukir tembus separuhukir tembus separuhKesenianTiadaUkiran yang motifnya diukir secara tebukan yang tidak tembus. Sinonim: ukir tebuk separuh.
ukir tebuk separuhukir tebuk separuhKesenianTiadaUkiran yang motifnya diukir secara tebukan yang tidak tembus. Sinonim: ukir tembus separuh
drug half-lifeseparuh hayat ubat/ separuh hayat drugGerontologiTiadaJangka masa yang diperlukan untuk membolehkan separuh daripada ubat-ubatan dalam badan dikumuh.
semi-skilled labourburuh separuh mahirEkonomiTiadaBuruh yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperoleh daripada pengalaman bekerja dan/atau latihan separuh profesional. Buruh separuh mahir berbeza daripada buruh mahir dari segi kepakaran, iaitu kepakaran yang dimiliki tidaklah begitu khusus dan memerlukan proses pembelajaran atau latihan yang lebih rumit dan yang lebih lama memakan masa. Misalnya, mekanik kereta, juruteknik, dan jurukimpal.
merodiploidmerodiploidBiologiGenetikSel bakteria yang berkeadaan diploid pada beberapa gen atau keratan kromosom sahaja. heterogenot, merogenot, separuh diploid, separuh zigot.
half lifeseparuh hayatFarmasiFarmakologi1. Masa yang diperlukan untuk sesuatu bahan hilang separuh daripada nilai atau kuantiti asalnya, khususnya masa bagi separuh atom dalam sesuatu bahan radioaktif untuk luluh. 2. Masa yang diperlukan bagi membolehk:an separuh daripada kuantiti sesuatu drug atau bahan yang disimpan elidalam tubuh dimetabolismekan atau disingkirkan oleh proses biologi normal.
semicoherent interfaceantara muka separuh jelas; antara muka separuh melekitKejuruteraanTiadaTiada
offsetofsetKejuruteraanTiadaKetidakseimbangan di antara separuh bahagian litar dengan separuh bahagian lagi pada litar simetri.
fanlighttingkap atas pintuKejuruteraanKejuruteraan BangunanTingkap separuh bulat atau separuh elip yang terletak di atas pintu masuk dengan kedudukan muntin yang menyerupai kipas.
12345678910...

Kembali ke atas