gentle breeze | angin sepoi-sepoi | Perikanan | Tiada | Angin yang bertiup secara perlahan-lahan pada kelajuan 4 hingga 5 m/saat. Angin ini sangat menyamankan dan tidak mendatangkan bahaya kepada aktiviti pelayaran. |
ghost-form | bentuk bayangan | Kesusasteraan | Tiada | Tanda-tanda yang kelihatan sebagai bukti kepada satu kejadian yang akan berlaku. Contoh: alamat-alamat yang terjadi sewaktu kelahiran seseorang tokoh seperti kelahiran Raden Inukartapati dalam Panji Melayu di mana bulan terang-benderang, angin sepoi-sepoi bahasa, istana raja patah puncaknya dan sebagainya yang membawa petunjuk bahawa tokoh tersebut akan menjadi seorang yang terbilang kemudiannya. |
light wind | angin sepoi | Geografi | Tiada | Halaju angin yang sangat perlahan bila dilihat pada skala Beaufort. |
light breeze | bayu sepoi | Geografi | Tiada | Angin yang mempunyai halaju 4 - 7 knot pada skala Beaufort. |
eye | mata | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Istilah ini biasanya bermaksud mata ribut, iaitu kawasan hampir bundar, dengan angin yang agak sepoi dan cuaca baik yang tedapat di pusat siklon tropika yang hebat. Di kawasan mata ribut, angin umumnya bergerak pada kelajuan 10 knot atau kurang, tidak terdapat hujan, dan kadang-kadang langit kelihatan biru. Diameter mata berubah-ubah dari 6 km hingga lebih daripada 60 km, biasanya di antara 20 km hingga 40 km. Pencerapan moden menunjukkan bahawa bentuk dan saiz mata sentiasa berubah-ubah. |
eye | mata | Sains | Hidrometeorologi | Istilah ini biasanya bermaksud �mata ribut� (hurikan, taufan); iaitu kawasan hampir bundar, dengan angin yang agak sepoi dan cuaca baik yang terdapat di pusat siklon tropika yang hebat. Angin ini umumnya 10 knot atau kurang; tidak terdapat hujan; kadang-kadang langit kelihatan biru. Garis pusat mata berubah-ubah dari empat batu atau hingga lebih daripada empat puluh batu; saiz biasanya adalah di antara dua belas dan dua puluh lima batu. Pencerapan moden menunjukkan bahawa mata tidak tetap dalam keadaan mantap tetapi bentuk dan saiznya sentiasa berubah-ubah. |
tropical cyclone | siklon tropika | Sains | Hidrometeorologi | Siklon yang berasal dari tropika dan bergaris pusat kecil (beberapa ratusan kilometer) dengan tekanan permukaan minimum (dalam beberapa kes kurang daripada 900 mb), angin kencang dan hujan mencurah; kdang kala disertai ribut petir. Siklon tropika selalunya mengandungi suatu kawasan pusat yang dikenali sebagai mata ribut yang bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluh kilometer, dengan angin sepoi dan langit berawan sedikit. |
tropical cyclone | siklon tropika | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Siklon yang berasal dari tropika dan bergaris pusat kecil (beberapa ratusan kilometer) dengan tekanan permukaan minimum (dalam beberapa kes kurang daripada 900 hpa), angin kencang dan hujan curah; kadangkala disertai ribut petir. Siklon tropika selalunya mengandungi suatu kawasan pusat yang dikenali sebagai mata ribut yang bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluh kilometer, dengan angin sepoi dan langit berawan sedikit. |