ASEAN Common Technical Dossier (ACTD) | Dosier Teknikal Sepunya ASEAN (ACTD) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Garis panduan dalam penyediaan permohonan Dosier Teknikal Sepunya (CTD) yang dikemukakan kepada pihak berkuasa pengawalan ASEAN bagi pendaftaran produk farmaseutikal berasaskan herba untuk kegunaan manusia. |
common point | titik sepunya | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Titik simpangan yang disambung bersama, dan jauh daripada sumber bekalan kuasa. |
common ion effect | kesan ion sepunya | Kimia | Kimia Analisis | Kesan penurunan darjah pengionan sesuatu bahan apabila sebatian yang mudah mengion yang mengandungi salah satu daripada ion yang sedia ada dicampurkan ke dalam larutan itu. |
common mode failure | kegagalan mod sepunya | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Lihat common cause failure (CCF). |
common cause failure (CCF) | kegagalan sebab sepunya | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kegagalan dua atau lebih struktur, sistem atau komponen disebabkan oleh peristiwa tunggal. Sinonim common mode failure. Lihat juga single event. |
class consciousness | kesedaran kelas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perasaan sepunya yang wujud dalam kelompok kelas masyarakat yang membentuk identiti yang khusus. Kesedaran ini timbul apabila kelompok tertentu merasai dan mengongsi pengalaman yang sama seperti ditindas, kemiskinan dan serba kekurangan berbanding dengan kelompok lain. Melalui kesedaran ini, golongan tersebut boleh membentuk kesepaduan dan berjuang membela kepentingan untuk memperbaik taraf hidup serta hubungan sosial mereka. Sesuatu kelas akan menjadi lebih bermakna dalam sistem itu, hanya apabila mereka mempunyai kesedaran ini. Golongan pekerja bawahan yang sentiasa mendesak pihak majikan atau kerajaan supaya memperbaik taraf kehidupan mereka dilihat sebagai satu kelompok yang mempunyai kesedaran kelas. Konsep ini diutarakan oleh Karl Marx dalam kajian beliau berhubung dengan fenomena kelas dalam sistem kapitalis. |
homogeneity | kehomogenan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang bersifat sepunya dalam pelbagai aspek kehidupan seperti nilai, adat, bahasa, agama, jenis pekerjaan, pendidikan dan kelas. Dalam masyarakat ini, hierarki wujud dari segi fungsi seperti perbezaan umur, kekeluargaan dan kekerabatan. Masyarakat homogen ini tidak mempunyai kemajmukan dalam amalan kebudayaan. Mereka mempunyai satu identiti serta latar belakang dan cara hidup yang sama antara satu dengan yang lain. Masyarakat ini sudah semakin sukar diperoleh kesan daripada modenisasi yang semakin tinggi. Sifat homogen ini lebih banyak terdapat dalam masyarakat lampau atau terpencil khususnya pada zaman tradisional seperti masyarakat Nuer di Sudan atau masyarakat Trobriand di Papua New Guinea pada awal abad ke-20. |
general will | kehendak umum | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kepentigan yang melibatkan keperluan bersama dan sepunya dalam sesebuah masyarakat. Keperluan ini berbeza dengan kepentingan individu yang hanya bersifat peribadi. Dalam urusan kemasyarakatan, kehendak umum lebih diutamakan dan dengan ini kepentingan persendirian terpaksa diketepikan. Konsep ini diperkenal oleh tokoh falsafah Perancis iaitu Jean Jacques Rousseau. Contohnya, pertahanan dan keselamatan negara merupakan satu kehendak umum yang diterima semua. |
negritude | negritude | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang menyuarakan wawasan para cendiakawan dan seniman kulit hitam tentang nasib dan warisan sepunya bangsa Afrika. Negritude menolak nilai kolonial dan memberontak terhadap sistem kolonialisme. Pada masa yang sama, negritude cuba memperkasakan nilai tradisional Afrika dengan mengembalikan kegemilangan masa silamnya. Dalam bidang kesusasteraan, negritude mewakili suatu bentuk estetika yang cuba mengekalkan sifat-sifat tradisi kebudayaan Afrika. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Aim� C�saire, seorang penyajak dan dramatis dari artinique dan L�opold S�dar Senghor, seorang penyajak dan ahli politik dari Senegal. Negritude menjadi perintis kepada gerakan Black Power yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1960-an. Lihat juga harlem renaissance. |
solidarity | perpaduan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan rapat atau sepadu dalam sebuah komuniti yang berasaskan objektif, kepentingan atau nilai sepunya. Anggota komuniti berkongsi sentimen yang sama seperti bahasa, agama, dan budaya, sekali gus membentuk hubungan kekitaan yang sangat kuat. Hubungan ini kemudiannya mewujudkan pula perasaan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Dalam komuniti ini, wujud amalan tolong-menolong, gotong-royong dan saling bekerjasama. Perpaduan kebiasaannya lebih kuat dalam masyarakat kecil berbanding dengan masyarakat yang lebih besar. Hal ini kerana masyarakat yang besar mengalami proses industrilisasi, urbanisasi dan modenisasi yang mengutamakan kepentingan individu daripada komuniti. |