Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (séramik) 1. bahan keras dan rapuh yg dibuat dgn membakar tanah liat dll; 2. barang, spt kepingan lantai, yg dihasilkan drpd tanah liat, tembikar, dll; 3. seni dan teknik membuat barang-barang drpd tanah liat, tembikar, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahan drpd mineral bukan logam yg keras dan mempunyai takat lebur yg tinggi. 2 barang yg dihasilkan drpd tanah liat, mis tembikar. 3 seni dan teknik membuat barang-barang drpd tanah liat, tembikar, dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seramik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ceramic fibregentian seramik/serat seramikKesenianTiadaTiada
ceramic industryindustri seramikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSatu kawasan yang menghasilkan seramik berskala besar pada zaman tertentu. Penghasilannya melibatkan kepelbagaian bentuk, corak, hiasan dan saiz. Seramik yang dihasilkan dapat mewakili perkembangan di tapak utama ini. Contohnya, di Ban Chiang (Thailand) industri seramik di sini dapat dibahagikan kepada tiga tahap yang berasaskan kepada corak yang dihasilkan seperti kasar, sedikit hiasan dan hiasan yang lengkap. Di tapak ini juga, golongan wanita dipercayai menghasilkan seramik dan dibuktikan berdasarkan kepada penemuan bekal pengebumian yang berupa barangan seramik.
crackle glazeglasier retakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSeramik berglasier yang mempunyai kesan retakan pada permukaannya. Seramik jenis ini dihasilkan secara sengaja semasa proses menyapu glasier. Cara pembuatannya dengan menggosok glasier, iaitu oksidasi besi pada permukaan seramik dan dibakar. Kemudian seramik disapu dengan lapisan glasier yang lebih nipis buat kali kedua dan dibakar semula.
ceramicseramikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiArtifak yang diperbuat daripada tanah liat yang dibakar pada suhu tertentu. Antara artifak yang dikategorikan sebagai seramik ialah terra cotta, tembikar, tembikar batu, porselin dan seladon. Seramik ialah salah satu bahan perdagangan yang utama di Asia Tenggara dan di Eropah. Seramik juga dianggap sebagai bahan milik yang amat berharga pada sesetengah masyarakat, seperti tajau (tempayan) bagi masyarakat Iban di Sarawak. Pusat pembuatan seramik perdagangan awal yang utama ialah China, Khmer (Kampuchea), Thailand dan Parsi. Perkataan seramik berasal daripada perkataan Yunani �keramos� bermaksud barang yang mudah pecah.
ceramicseramikFizikNanoteknologiBahan yang diperbuat daripada galian bukan logam yang telah dikuatkan dengan membakarnya pada suhu tinggi. Kebanyakan seramik bersifat penebat, tahan haba dan mempunyai rintangan terhadap tindak balas kimia. Seramik tradisional diperbuat daripada tanah liat atau galian semula jadi. Bahan seramik juga dapat disintesis supaya mempunyai sifat tertentu seperti superkonduktor, piezoelektrik dan magnetorintangan.
glazebahan licauKimiaTiadaPenyalut yang licin dan bersinar pada berbagai-bagai seramik yang menjadikan seramik kalis air. Bahan licau yang digunakan pada porselin mengandungi bahan yang serupa seperti porselin, tetapi pada kadar yang berbeza. Bahan ini mengandungi sedikit natrium dan lazimnya merupakan campuran silikat dan batu api, sebatian plumbum, asid borik dan kalsium karbonat. penyalut ini boleh digunakan untuk tujuan hiasan.
sherd (ceramic)serpihan (seramik)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKepingan seramik yang pecah. Kepingan ini dipadankan antara satu sama lain yang digunakan untuk mendapatkan bentuk, saiz, fungsi dan tempat asal pengeluaran seramik tersebut.
ceramic kilntanur seramikArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTempat membakar seramik secara tertutup. Tanur ini mempunyai dinding batu bata sebagai penstabil suhu dan dua pintu yang bertindak untuk menyalurkan haba dan saluran pembuangan haba panas. Antara jenis tanur seramik ialah tanur arus udara ke atas, tanur arus udara ke bawah, tanur bertingkat dan tanur botol.
ceramic tileubin seramikSosiologiTiada1. Kepingan nipis daripada seramik untuk membuat lantai atau dinding rumah.
hollow-wareseramik dalamArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahan seramik yang mempunyai ukuran ketinggian yang hampir sama dengan ukuran diameter bahagian badan jika dibandingkan antara keduanya. Contohnya, pasu dan mangkuk yang dijumpai di Pulau Tioman, Pahang, Lembah Bujang, Kedah dan Santubong, Sarawak.
12345678910...

Kembali ke atas