Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : serang balas: dua orang ang-gota tentera kita cedera dlm ~ pihak musuh itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : serangan atau serbuan utk bertindak balas terhadap pihak lain atau musuh: Ramai askar musuh yg terkorban dlm ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
counter offensiveserangan balasUndang-undangTiadaTiada
MossadPolis Rahsia IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaBadan perisikan Israel yang mempunyai kakitangan antara 1500 hingga 2000 orang. Badan ini bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat, aktiviti rahsia dan melakukan serangan balas terhadap keganasan. Perisikannya adalah tertumpu kepada negara dan organisasi Arab di serata dunia. Selain itu, ejen badan perisikan ini juga aktif di negara komunis dan blok barat. Badan ini bertanggungjawab dalam pemindahan sulit pelarian Yahudi keluar dari Syria, Iran dan Ethiopia. Salah seorang pengintip Mossad yang terkenal, iaitu Eli Cohen berjaya menembusi kerajaan Syria dan telah menghantar maklumat perisikan ke Israel selama dua tahun sebelum beliau digantung sampai mati di Dataran Damsyik. Pada tahun 1960, Mossad menculik penjenayah perang Nazi, Adolph Eichmann dari Argentina. Pada tahun 1988, pasukan pembunuh badan ini menawan rumah kediaman dan membunuh Abu Jihad, timbalan Yasser Arafat yang dianggap sebagai perancang utama dalam operasi PLO menentang Israel. Sinonim Mossad
just in war (jus in bello)keadilan dalam perangSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep yang berkaitan dengan penentuan tatacara peperangan yang dianggap adil. Tatacara atau senjata yang digunakan dalam peperangan sepatutnya mengakibatkan tahap kemusnahan dan kesengsaraan yang sama antara pihak yang menyerang dengan pihak yang diserang. Oleh itu, walaupun sesebuah negara melancarkan serangan balas atas dasar membela diri, tetapi negara tersebut masih lagi dianggap menggunakan tatacara serangan yang tidak adil sekiranya serangan tersebut mengakibatkan kemusnahan dan kesengsaraan yang lebih teruk berbanding kerosakan yang dialaminya akibat serangan musuhnya. Contohnya, konflik yang berterusan antara rejim Israel dengan Palestin. Dalam serangan balas Israel terhadap rakyat Palestin, kemusnahan lebih dahsyat berbanding kemusnahan yang berlaku kepada pihak Israel.
attack reactiontindak balas seranganPerubatanTiadaTiada
attack reactiontindak balas seranganPsikologiTiadaTiada
hypersensitive reactiontindak balas hipersensitifPertanianAgroteknologiSatu tindak balas oleh tumbuhan atau haiwan yang diserang oleh jangkitan penyakit dan perosak. Tindak balas ini melibatkan kematian sel-sel di lokasi serangan supaya patogen atau perosak tidak merebak ke bahagian tumbuhan yang lain. Mekanisme tindak balas ini dirangsang oleh bahan kimia yang dikeluarkan oleh tanaman seperti fenolik dan fitoaleksin yang akan membunuh sel di kawasan jangkitan apabila berlaku serangan penyakit. Satu lapisan halangan akan terbentuk dan seterusnya menghalang merebaknya serangan di bahagian lain tanaman.
autoimmunizationpengautoimunanPerubatanTiadaPengimunan terhadap penyakit yang terhasil secara semula jadi akibat gerak balas terhadap serangan mikroorganisma yang serupa.
counterraidserbuan balasSejarahTiadaSerangan yang dilakukan secara serbuan untuk menentang serangan pihak musuh sebagai taktik peperangan.
allergi reactiontindak balas alergiBiologiHistologi dan SitologiTindak balas badan dan sel yang mengeluarkan bahan kimia akibat serangan antigen, misalnya patogen, debu, makanan tertentu dan lain-lain yang tidak bersesuaian. Pada orang yang tidak alergi, bahan tersebut dimusnahkan, tetapi pada orang yang alergi bahan tersebut merangsang pembentukan histamina dan seterusnya menyebabkan bengkak.
vasovagal attackserangan vasovagusPerubatanTiadaTindak balas sementara pembuluh darah dan saraf yang berlaku apabila seseorang mengalami sesuatu rangsangan yang biasanya melibatkan tekanan emosi. Antara ciri tindak balas tersebut ialah pucat, muntah-muntah, perpeluhan dan bradikardia (denyutan jantung yang perlahan). Dalam keadaan yang teruk, individu yang berkenaan boleh pengsan.
12

Kembali ke atas