sastera serantau | sastera serantau | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang melangkaui sempadan politik beberapa buah negara berhampiran dan memiliki identiti budaya yang dikongsi bersama. |
Regional Health Information Organization (RHIO) | Organisasi Maklumat Kesihatan Serantau (RHIO) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Kumpulan negara serantau yang berkongsi maklumat penjagaan kesihatan secara elektronik berdasarkan piawaian teknologi maklumat kesihatan (HIT) yang diiktiraf. Kumpulan ini berkongsi maklumat secara menyeluruh antara agensi kerajaan dengan swasta dalam sesebuah negara yang bertujuan untuk mewujudkan kerjasama komunikasi dan inovasi teknikal untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan serantau. |
Good Collection Practices (GCP) | Amalan Pengumpulan Baik (GCP) | Herba | Tiada | Garis panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dipatuhi untuk pengumpulan dan penuaian bahan herba. Kakitangan yang terlibat mesti mahir, mempunyai latihan botani yang memadai serta tahap kebersihan dan kesihatan yang baik. Semasa pengumpulan, peralatan dan kemudahan yang digunakan harus bebas daripada pencemaran silang dan bahan herba yang dituai mestilah mengandungi hasil dan komponen kimia aktif pada tahap yang optimum. Pengumpulan liar harus mematuhi peraturan pemuliharaan negara dan serantau, dan tidak menyebabkan pemusnahan biodiversiti. Bahan terkumpul harus bebas daripada rumpai toksik dan harus diangkut secepat mungkin ke tapak pemprosesan. GCP ini merupakan sebahagian daripada proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal kemampanan bahan herba dan kelestarian sumber semula jadi. Sinonim GCP. |