Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
serapat
[se.ra.pat] |
سراڤت
Definisi :
sj tumbuhan (pokok renek), hempedal itik, ketibung, nasi sejuk, pokok sedang, Salacia flavescens; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Streptocaulon wallichii.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
serapat
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(16)
Istilah Bahasa Melayu
(4)
Khidmat Nasihat
(1)
Ensiklopedia
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
Ficus deltoidea
Mas cotek
Serapat
angin, telinga beruk
Pertanian
Tiada
Tumbuhan jenis renek daripada famili Moraceae yang tumbuh liar di kawasan terdedah, tepi pantai dan juga menumpang di atas pokok. Pokok ini didapati tumbuhan di kawasan pamah hingga tanah tinggi hingga kira-kira 700 m dari aras laut. Daunnya tebal berbentuk deltoid. Urat daun bercabang tiga, di permukaan atas dan bawah daun terdapat titik kecil berwarna perang seperti karat. Titik tersebut terletak pada pangkal cabang urat daun. Jambak bunga jenis sinkonium dikeluarkan di celah daun. Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit paru-paru berair dan wanita yang baru melahirkan anak untuk mengecutkan rahim dan membaiki sistem peranakan.
obovate
obovat
Herba
Botani dan Bioteknologi
Bentuk daun yang bujur atau ovat terbalik. Contohnya, daun mas cotek atau
serapat
angin (Ficus deltoidea) dan daun gajus (Anacardium occidentale).
low return
hantaran rendah
Sukan
Tiada
Hantaran kembali oleh pemain di bawah paras jaring. Bulu tangkis dipukul melepasi jaring
serapat
atau serendahnya.
Ficus deltoidea
mas cotek
Herba
Botani dan Bioteknologi
Tumbuhan jenis renek daripada famili Moraceae yang tumbuh liar di kawasan terdedah, tepi pantai atau menumpang di atas pokok lain. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai
serapat
angin dan telinga beruk. Mas cotek didapati tumbuh di kawasan tanah pamah hingga tanah tinggi sehingga lebih kurang 700 meter dari aras laut. Daunnya tebal berbentuk deltoid. Urat daunnya bercabang tiga, di permukaan atas dan bawah daun terdapat titik kecil berwarna perang seperti karat. Titik tersebut terletak pada pangkal cabang urat daun. Jambak bunganya jenis sinkonium, tumbuh keluar di celah daun. Daun pokok ini digunakan untuk merawat penyakit paru-paru berair dan untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim dan membaiki sistem peranakan.
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...