learning object | objek pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sumber digital berciri boleh guna semula, modular dan berdiri sendiri. Objek pembelajaran ini serba lengkap dari segi strukturnya yang mengandungi objektif, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran bagi sesuatu pelajaran atau siri pelajaran sama ada dalam bentuk unit, modul, kursus-kursus dan juga program. Koleksi ini umumnya terdiri daripada item isi kandungan pelajaran, item ulang kaji dan item pentaksiran yang dibangunkan berdasarkan satu objektif pembelajaran. |
modular | bermodul | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pendekatan yang digunakan dalam membina dan mereka bentuk reaktor nuklear dengan unit atau modul yang serba lengkap dan pasang siap. Unit atau modul ini boleh digabungkan untuk membentuk sistem yang lebih besar. Lihat juga small modular reactor (SMR). |
class consciousness | kesedaran kelas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perasaan sepunya yang wujud dalam kelompok kelas masyarakat yang membentuk identiti yang khusus. Kesedaran ini timbul apabila kelompok tertentu merasai dan mengongsi pengalaman yang sama seperti ditindas, kemiskinan dan serba kekurangan berbanding dengan kelompok lain. Melalui kesedaran ini, golongan tersebut boleh membentuk kesepaduan dan berjuang membela kepentingan untuk memperbaik taraf hidup serta hubungan sosial mereka. Sesuatu kelas akan menjadi lebih bermakna dalam sistem itu, hanya apabila mereka mempunyai kesedaran ini. Golongan pekerja bawahan yang sentiasa mendesak pihak majikan atau kerajaan supaya memperbaik taraf kehidupan mereka dilihat sebagai satu kelompok yang mempunyai kesedaran kelas. Konsep ini diutarakan oleh Karl Marx dalam kajian beliau berhubung dengan fenomena kelas dalam sistem kapitalis. |