depression | kemurungan | Psikologi | Psikologi Umum | Perasaan yang dalam keadaan normal membuatkan individu merasakan dirinya serba kekurangan, tidak aktif dalam kehidupan seharian dan terlalu pesimistik terhadap masa hadapan. Dalam kes patologi, penghidap kemurungan langsung tidak memberikan tindak balas terhadap sebarang rangsangan, mengalami susut nilai diri yang teramat, delusi kekurangan diri dan putus harapan. Sinonim depresi. |
state building | pembinaan negara | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses atau tindakan yang dilakukan oleh pemerintah untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat, maju dan makmur. Antara tindakan yang diambil adalah dengan membangunkan masyarakat daripada masyarakat tradisional kepada masyarakat moden, daripada keadaan mundur kepada yang lebih maju, daripada masyarakat yang berpecah kepada yang bersatu padu dan daripada kehidupan serba kekurangan kepada yang sempurna. Pembinaan negara mencakupi pembangunan dan perubahan semua aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, pendidikan, budaya, pengurusan, sains dan teknologi serta pemantapan masyarakatnya. Pembinaan negara tidak akan terhenti selagi wujudnya masyarakat dalam negara tersebut. Contohnya penggubalan dan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional di Malaysia adalah sebahagian daripada proses pembinaan negara. |
neo-classicism | neoklasisme | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan yang berasaskan ciri-ciri warisan Latin dan Yunani klasik yang dihidupkan semula di Eropah. Gaya penulisan menggunakan ciri-ciri keseimbangan, kesantunan, ketelitian dan kejituan dihidupkan semula di Eropah pada abad ke-17 dan 18. Mengikut peraturannya fungsi puisi adalah untuk pendidikan moral, manakala bentuk puisi perlu terhad kepada bentuk yang tetap seperti kuplet wiraan bagi mencerminkan keadaan manusia yang terhad dan serba kekurangan. Berbanding dengan romantisisme yang dianggap lebih bebas dan ghairah, neoklasisme mewakili sistem nilai yang lebih mengutamakan kewarasan, kejelahan, disiplin dan ketertiban sesuai dengan zaman yang dikenali sebagai Zaman Rasional. Oleh sebab nilai klasik dianggap sudah sempurna, tugas penulisan moden adalah untuk meniru gaya warisan ini. Antara penulis utama neoklasisme ialah Dryden, Pope, Addison, Johnson, goldsmith dan Swift. Lihat juga kuplet wiraan, romantisisme. |