Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ré.brum] | سيريبروم

Definisi : (sérébrum) (Bio) bahagian depan otak vertebrat yg mengawal pemikiran, persepsi, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.ré.brum] | سيريبروم

Definisi : /sérébrum/ ist bahagian otak yg di atas sekali dan berfungsi sbg pusat pemikiran dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serebrum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cerebral haemorrhagependarahan serebrumKejururawatanTiadaPendarahan daripada arteri serebrum ke dalam tisu otak. Ia biasanya disebabkan oleh tekanan darah tinggi.
celebral deathkematian serebrumKejururawatanTiadaKehilangan fungsi otak yang tidak dapat dipulihkan yang dicirikan oleh nafas terhenti, tiada tindak balas terhadap rangsangan, kehilangan aktiviti otot dan gelombang elektro-ensefalogram mendatar bagi tempoh masa tertentu.
intracranial pressuretekanan intrakraniumKejururawatanTiadaTekanan serebrum yang memberi gambaran tekanan intrakranium. Tekanan ini dipengaruhi oleh perubahan pada komponen utama isi padu intrakranium, seperti cecair serebrospina, darah dan tisu otak.
association cortexkorteks gabunganSains SukanBiomekanikKawasan khusus pada korteks serebrum, tempat berlakunya proses integrasi pelbagai jenis impuls. Contohnya, proses integrasi sensorimotor dan audiovisual.
corticospinal tracttrek kortikospinaSains SukanBiomekanikLaluan saraf yang menghubungkan korteks serebrum dengan saraf tunjang. Sinonim laluan motor ekstrapiramida.
deliriumdelirium/racauanKejururawatanTiadaGangguan mental dicirikan terutamanya oleh salah amatan, halusinasi dan rangsangan serebrum. Keadaan ini sering terjadi semasa demam panas, kecederaan kepala dan keadaan toksik.
agraphiaagrafiaPerubatanPsikiatriKetiadaan daya untuk meluahkan fikiran secara bertulis akibat lesi pada sistem saraf pusat atau korteks serebrum.
focal visual systemsistem visual fokusSains SukanBiomekanikSistem visual tahap lanjutan yang melibatkan laluan saraf ke korteks visual primer di serebrum. Kawalan sistem visual fokus berlaku secara sedar. Fungsi sistem ini adalah untuk pengimejan dan tumpuan visual terhadap pergerakan.
ambient visual systemsistem visual ambienSains SukanBiomekanikSistem visual tahap primitif yang tidak melibatkan laluan saraf ke korteks visual primer di serebrum. Sistem ini berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan dan mewujudkan kesedaran terhadap persekitaran. Contohnya, tindakan mengelakkan diri daripada terkena bola yang ditendang semasa permainan bola sepak. Dari sudut kawalan motor, sistem visual ambien membolehkan pemain melihat arah pergerakan bola serta membuat anggaran kedudukan akhir bola berdasarkan kelajuan, kedudukan dan arah bola tersebut.

Kembali ke atas