Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ren.dah] | سرنده

Definisi : 1. sj pinang; 2. sj padi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serendah

Peribahasa

Seperti pasir di tepi pantai,
     (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.

Bermaksud :

Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eutecticeutektikFizikHabaSifat yang berkaitan dengan pelakuran dua atau lebih bahan pada suhu yang serendah mungkin.
deep hypothermic circulatory arrest (DHCA)henti edaran darah hipotermik dalam (DHCA)PerubatanTiadaTeknik menurunkan suhu badan ke paras serendah 15°C untuk memegun jantung dan seterusnya mengakibatkan peredaran darah dalam badan terhenti. Teknik ini biasanya digunakan semasa pembedahan pintasan jantung koronari.
low-cost strategystrategi kos rendahPengurusanPerancanganPendekatan strategi perniagaan yang ditetapkan oleh pengurusan organisasi untuk mencapai tahap kos keseluruhan operasi yang serendah mungkin. Pendekatan ini diambil bagi mencapai keberkesanan kos berbanding dengan pesaing lain untuk produk atau perkhidmatan yang sama. Strategi kos rendah paling berkesan dalam pasaran yang dipenuhi dengan pembeli atau pengguna yang peka terhadap harga sesuatu produk. Contohnya, pendekatan yang digunakan oleh restoran yang membeli bahan mentah terus daripada pembekal atau tanpa orang tengah, seperti membeli makanan laut daripada nelayan di jeti atau membeli sayur-sayuran terus daripada peladang.
colocynth poisoningkeracunan kolosinKimiaForensikKeracunan disebabkan pendedahan kepada kolosin, iaitu perengsa dan katartik yang sangat berbahaya yang terdapat pada tumbuhan Cilrullus colocynthis. Dos parah mungkin serendah 1 mL atau 1 g. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah jatuh, takikardia, koma dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi pula ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan saluran gastrousus, hati, buah pinggang dan otak.
aconite poisoningkeracunan akonitKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyerapan melalui kulit akonit, iaitu ekstrak tumbuhan Aconitum. napellus yang mengandungi akonitina sebagai bahan utama. Dos maut mungkin serendah I g tumbuhan, 5cm3 tinktur, atau 2 mg akonitina. Tanda utama keracunan ialah tekanan darah rendah dan pernafasan perlahan. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyerapan kulit menyebabkan loya dan muntah; pedih diikuti dengan rasa kebas dan berdenyut pada mulut, kerongkong, dan tangan; rabun penglihatan; nadi perlahan dan lemah; tekanan darah turun; sakit dada; pernafasan lemah; konvulsi; dan mati akibat kegagalan pernafasan atau fibrilasi ventrikular. Keracunan kronik akibat penggunaan berulang atau pengingesan menyebabkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Sinonim keracunan akonitina.
coccaine poisoningkeracunan kokainaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kokaina, iaitu ubat yang digunakan sebagai anestetik setempat pada membran mukus. Dos parah selepas digunakan pada membran mukus mungkin serendah 30 mg. Kepekatan toksik adalah dari 0.5 �g/mL. Tanda utama keracunan ialah konvulsi dan kegagalan pereda ran darah. Keracunan akut teljadi akibat pengingesan, penyuntikan, atau penyerapan melalui membran mukus atau pelelasan kulit. Gejala awal termasuklah keresahan, keadaan terangsang, halusinasi, takikardia, anak mata terbeliak, sejuk atau demam, aberasi deria, sakit abdomen, muntah, rasa kebas, dan spasma otot. Ini diikuti dengan pernafasan tak seragam, konvulsi, kegagalan peredaran darah dan koma. Kematian mungkin teljadi segera selepas penggunaan kokaina atau mungkin tertangguh selama 1- 3 jam. Keracunan kronik akibat pengingesan, penyuntikan atau penyerapan membran mukus atau pelelasan kulit menyebabkan halusinasi, kerosakan mental, hilang berat badan, atau perubahan watak. Penggunaan kokaina sebagai bahan sedutan boleh meny
isotope mixingpencampuran isotopKejuruteraanTiadaProses resapan olakan bergelora atau proses lain dalam pemisahan isotop dengan peresapan gas melalui sawar, yang kecerunan kepekatan isotop ringannya normal kepada sawar peresapan dikekalkan serendah mungkin.
forehand drivepukul kencang depanSukanTiada1. Pukul kencang depan: Pukulan yang dibuat dengan pemain berdiri di tengah-tengah gelanggang, dan bulu tangkis dipukul kuat dan mendatar supaya melepasi jaring serendah mungkin dan bergerak ke arah bahagian depan gelanggang.
Cocculus indicus poisoningkeracunan Cocculus indicusKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan beri tumbuhan Anamirta coceulus. Tumbuhan ini mengandungi pikrotoksin, iaitu sebatian bukan nitrogen yang terserap ke dalam badan. Dos parah mungkin serendah 0.5 g. Tanda utama keracunan akut ialah konvulsi. Gejala keracunan termasuk loya dan muntah, kadar pernafasan meningkat, sakit kepala, terketar-ketar, konvulsi, dan koma. Keracunan kronik belum pernah dilaporkan. Penemuan patologi dalam kes parah ialah kesesakan semua organ.
croton oil poisoningkeracunan minyak krotonKimiaForensikKeracunan disebabkan pendedaban kepada minyak kroton, iaitu minyak tak meruap yang diperoleh daripada biji Croton tiglium. Minyak ini merupakan perengsa dan katartiks yang kuat. Dos parah mungkin serendah 1 mL. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit, dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah turun, takikardia, koma, dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi ialah kesesakan dan perubahan degeneratif saluran gastrousus, hati, buah pinggang, dan otak.
123

Kembali ke atas