Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pd waktu yg sama (melakukan sesuatu dll), bersama-sama, serempak: lima orang anak kita boleh dihantar ~ ke sekolah tinggi; menyerentakkan menyebabkan berlaku atau berjalan serentak; keserentakan perihal (keadaan) serentak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bersama-sama (me­lakukan sesuatu), sekali gus, serempak: kerja hendaklah dijalankan berselang-selang atau ~; bangun ~; lawatan tuan itu ~ dgn ketiba­an pasukan tentera tambahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pd ketika yg sama berlakunya sesuatu dll; serempak: Mereka ~ meninggalkan pekerjaan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : bersama-sama melakukan sesuatu (spt ketika menjawab, berteriak); serempak: Murid-murid itu menjawab ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serentak (adverba)
Bersinonim dengan pada masa yang sama, serempak, sekali gus, sekali jalan, sederap, gerpak.,
Kata Terbitan : serentak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parallel outputkeluaran selariKejuruteraanTiada1. Susunan keluaran apabila dua atau lebih bit, saluran atau digit, tersedia secara serentak.,2. Kebolehsediaan serentak dua atau lebih bit, saluran atau digit.
open clustergugusan serentakMatematikTiadaGugusan serentak: Gugus bintang yang longgar yang terdiri tidak kurang daripada beberapa ratus dan kadang-kadang kurang daripada dua puluh.
simultaneous offsideofsaid serentakSukanTiadaMemasuki secara serentak kawasan larangan oleh dua pemain yang bertentangan.
concurrent processingpemprosesan serentakTeknologi MaklumatTiadaPemprosesan yang dijalankan serentak di dalam persekitaran berbilang pengaturcaraan.
coincidence indicatorspetunjuk serentakPentadbiran PerniagaanTiadaAngkubah ekonomi yang berubah serentak dengan pergerakan ekonomi.
hirayukitangkis pepisau serentakSukanTiadaTangkisan dengan menggunakan pepisau tangan serentak.
universal chuckbindu serentakKesenianTiadaBindu yang mempunyai rahang yang bergerak serentak.
both editsunting serentakKomunikasiTiadaPenyuntingan filem atau video yang dilakukan secara serentak pada bahan audio dan video.
self-centring chuckbindu apit serentakKesenianTiadaBindu yang mengapit benda kerja secara serentak apabila diketatkan.
simultaneous equationpersamaan serentakMatematikTiadaSekumpulan persamaan yang sama-sama mensyaratkan anu yang terlibat. Misalnya, persamaan serentak x + 3y = 7 dan 2x + 5y = 10 mempunyai penyelesaian x = -5 dan y = 4.
12345678910...

Kembali ke atas