Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.rét] | سيريت

Definisi : bp tidak lancar (licin), serat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rét] | سيريت

Definisi : (sérét); kasut ~ kasut yg dipakai di dlm rumah, cenela; menyeret 1. menarik sesuatu (dgn bergeser di tanah), menghela, mengheret: kemudian diseretnya sebuah kerusi dr kamarnya sampai ke ambang pintu; 2. membawa dgn paksa (orang dll), memaksa (orang dll) supaya menurut: mereka berdua telah diseret balik ke tempat persembunyian mereka; 3. = menyeret-nyeret membawa-bawa (ke dlm sesuatu perkara), melibatkan, menyebut-nyebut: ia berharap benar-benar agar ibunya tidak akan ~-nyeret perkara yg telah berlaku; namanya diseret-seret dlm lagu-lagu yg disukai oleh penuntut di sekolahnya; terseret (telah) diseret, terikut-ikut (melaku-kan sesuatu), turut terlibat (dlm sesuatu perkara dll), dipaksa mengikut (melakukan sesuatu dll): Mas Reso ~ ke dlm dunia main judi; seretan hasil atau tindakan menyeret: ketika itu terdengarlah bunyi ~ selipar menuju ke bilik itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rét] | سيريت

Definisi : (sérét) Jw jalur (pd tepi kain dll), coreng, loreng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rét] | سيريت

Definisi : /sérét/; menyeret 1 menarik se­suatu dan benda yg ditarik bergeser pd tanah (lantai dll): Dia ~ kerusi itu hingga ke muka pintu. 2 membawa orang atau binatang dgn paksa; memaksa orang atau binatang mengikut serta: Kami telah ~ pencuri itu ke balai polis. terseret 1 (telah) diseret: Mainan adiknya ~ kera­na kainnya terlalu labuh. 2 terikut-ikut dlm melakukan sesuatu; turut terlibat dlm sesuatu perkara dll: Wahab ~ dlm kegiatan haram itu. 3 terpaksa meng­ikut atau melakukan sesuatu: Kerana desakan hidup, dia ~ ke lembah kehinaan. seretan tarikan utk menyeret: Bunyi ~ itu menyakitkan telinga. penyeretan perbuatan atau hal menyeret. penye­ret orang atau alat yg menyeret. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seret
Kata Terbitan : menyeret, terseret,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lift drag rationisbah angkat seretSains SukanBiomekanikNisbah magnitud daya angkatan kepada jumlah magnitud daya seret pada suatu jasad.
propulsive dragseret perejangSains SukanBiomekanikDaya yang dikenakan selari dengan pergerakan tubuh badan dalam bendalir.
surface dragseret permukaanSains SukanBiomekanikDaya yang berlaku apabila sesuatu objek diheret mengenai cecair yang menyebabkan geseran antara cecair dengan permukaan objek tersebut.
drag factorfaktor seretKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaFaktor yang menentukan keupayaan badan kereta menempuh angin.
blown fibergentian tiupKejuruteraanTiadaGentian optik yang dipasang di dalam tiub plastik sempit dengan menggunakan teknik seret likat udara.

Kembali ke atas