Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seriawan I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thrushseriawanVeterinarTiadaTiada
thrushseriawanPerubatanTiadaTiada
thrushseriawanPerubatanTiadaSejenis penyakit yang diakibatkan oleh infeksi kulat Candida albicans, yang sering dihidapi oleh bayi dan kadangkala orang dewasa yang rentan. Penyakit ini dicirikan oleh tompok-tompok putih di dalam mulut, diiringi dengan pembentukan ulser yang menyakitkan. Lihat juga kandidiasis.
candidiasiskandidiasisPerubatanTiadaSejenis penyakit yang disebabkan oleh kulat Candida albicans. Penyakit ini dicirikan oleh infeksi superfisial pada membran mukus dan kawasan kulit yang lembap, seperti selangkang dan dubur; gejala utama penyakit ini ialah gatal-gatal di kawasan yang berkenaan. Lihat juga seriawan.
Tamarindus indicaAsam jawaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Fabaceae ini juga dikenali sebagai celagi. Tumbuhan jenis pokok sederhana besar. Daunnya jenis pinat, mempunyai 8-16 anak daun. Jambak bunga jenis rasem. Bunganya kecil berwarna kekuningan. Buahnya jenis lenggai, lurus atau bengkok sedikit. Bijinya keras dan berwarna perang kehitaman. Pokok ini ditanam sebagai makanan dan landskap. Antara sebatian kimia dalam pulpa buah ialah asid sitrik, asid malik, asid tartarik, monoterpena, asid nikotinik dan sinamat. Buahnya digunakan untuk merawat demam, batuk, sakit tekak, bengkak, bisul, penyakit kuning, penyakit kulit, ekzema, luka, sembelit dan seriawan. Bijinya mengandungi albuminoid yang digunakan secara luaran untuk merawat gigitan haiwan. Daunnya mengandungi flavonoid, bersifat anti-radang, menghilangkan rasa sakit (analgesik), antiseptik dan menggalakkan pengeluaran peluh (diaforetik). Daunnya digunakan untuk rawatan sembelit, luka, seriawan (ulser mulut), demam, gatal kulit, bisul, demam kuning, sukar tidur (insomnia) dan mengurangkan kolesterol.
Tamarindus indicaasam jawaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Fabaceae yang dikenali juga sebagai celagi. Tumbuhan ini jenis pokok sederhana besar. Daunnya jenis pinat, mempunyai 8 hingga 16 anak daun. Jambak bunganya jenis rasem. Bunganya kecil berwarna kekuning-kuningan. Buahnya jenis lenggai, lurus atau bengkok sedikit. Bijinya keras dan berwarna perang kehitam-hitaman. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan makanan dan landskap. Antara sebatian kimia dalam pulpa buah ialah asid sitrik, asid malik, asid tartarik, monoterpena, asid nikotinik dan sinamat. Buahnya digunakan untuk merawat demam, batuk, sakit tekak, bengkak, bisul, penyakit kuning, penyakit kulit, ekzema, luka, sembelit dan seriawan. Bijinya mengandungi albuminoid yang digunakan secara luaran untuk merawat gigitan haiwan. Daunnya mengandungi flavonoid, bersifat antiradang, menghilangkan rasa sakit (analgesik), antiseptik dan menggalakkan pengeluaran peluh (diaforetik). Daunnya digunakan untuk merawat sembelit, luka, seriawan, demam, gatal kulit, bisul, demam kuning, sukar tidur (insomnia) dan mengurangkan kolesterol.

Kembali ke atas