peroxide value | nilai peroksida | Herba | Tiada | Nombor dalam unit miliekuivalen oksigen aktif yang menyatakan kandungan peroksida dalam seribu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan hidroperoksida yang menandakan tahap ketengikan minyak dan lemak daripada bahan mentah atau sediaan herba. Lima gram bahan herba ditindakbalaskan dengan campuran asid asetik glasial-kloroform (3:2) dan ditambah kalium iodida. Campurannya dititrat dengan natrium tiosulfat menggunakan kanji sebagai indikator. Nilai peroksida diperoleh daripada ungkapan 10x/w iaitu x ialah perbezaan isi padu natrium tiosulfat bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai peroksida piawai bagi minyak kelapa tidak melebihi 5.0 dan lemak bulu maksimum 10.0. |
pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila. |
fertility rate | kadar kesuburan | Kejururawatan | Tiada | Bilangan kelahiran hidup yang berlaku di sesuatu kawasan dalam satu tahun bagi setiap seribu wanita yang berusia dalam lingkungan umur 15 hingga 44 tahun. |
insurance rate | kadar insurans | insurans | Tiada | Nilai premium bagi aman yang dilindungi. Kadar ini biasanya dinyatakan dalam bentuk ringgit per seribu ringgit. |
insurance rate | kadar insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Nilai premium bagi amaun yang dilindungi. Kadar ini biasanya dinyatakan dalam bentuk ringgit per seribu ringgit. |
idyll | kedesaan; idil | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mencitrakan tentang kehidupan masyarakat yang bersuasana kedesaan dengan begitu bersahaja, sederhana, dan tidak melebih-lebihkan sesuatu imej yang dipaparkan. Contohnya, puisi Dharmawijaya yang berjudul "Senyum Anak Tani" dalam kumpulan Warna Maya. Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. |
concrete | konkrit | Kesusasteraan | Puisi | Perihal puisi yang mempunyai bentuk yang jelas. Contohnya, pantun yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu rima akhir a b a b, setiap baris terdiri dari empat perkataan dan setiap perenggan mempunyai empat baris seperti pantun di bawah. Sinonim maujud. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. Pantai Rengit Teluk berlembah, Tarik sampan turun menuba; Walau langit dirasakan rendah, Tiadalah bulan jatuh ke riba. |
frame story | cerita berbingkai | Kesusasteraan | Tiada | Cerita dalam cerita. Dalam cerita berbingkai, terdapat sebuah cerita induk atau cerita inti yang merangkumi cerita sisipan yang bersifat utuh kendiri dan bebas. Cerita induk biasnya menjadi bingkai kepada cerita sisipan dengan cara menyediakan plot utama dan latar naratif. Cerita sisipan berbentuk cerita moralistik atau teladan yang relevan untuk tema inti. Cerita sisipan sering dikaitkan dengan cerita induk oleh seseorang pencerita. Contoh yang amat popular ialah Hikayat Seribu Satu Malam, Hikayat Bakhtiar dan Hikayat Bayan Budiman. |
ghazal/ghazel | ghazal | Kesusasteraan | Puisi | Puisi lirik yang berasal dari Parsi dan digunakan sebagai nyanyian di kalangan orang muda dalam percintaan, bentuknya terdiri daripada lapan baris satu bait, dan rima akhirnya sama. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisi. Kekasihku seperti nyawa adalah terkasih dan mulia juga, Dan nyawaku pun, mana daripada nyawa itu jauh ia juga; Jika seribu tahun lamanya pun hidup ada sia-sia juga |
conflict | pertikaian | Kesusasteraan | Puisi | Pertentangan yang ada kalanya bersifat lahiriah dan ada kalanya bersifat batiniah. Dalam puisi, pertikaian secara lahiriah ini jarang sekali dimunculkan oleh penyairnya berbanding dengan prosa. Kebiasaannya seseorang penyair itu lebih banyak menyuarakan perasaan hatinya apabila berhadapan dengan sesuatu yang kurang disenanginya. Contohnya, petikan daripada puisi "Perspektif' dalam antologi Bunga Gerimis karya Firdaus Abdu llah. malam bersama menung tidak berhujung siang bersama sesal seribu pangkal. |