Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ring] | سريڠ

Definisi : 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), ke­kerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : Mn langsing (badan), ramping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : 1 kemas lagi keras pintalannya (bkn tali, benang dll); kemas lagi rapat tenunannya. 2 tidak kendur (bkn tali yg diregangkan, kulit dll); tegang. menyering 1 memintal tali dll hingga sering. 2 menegangkan sesuatu yg dianyam dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : , = sering-sering, sering kali acap kali; kerap; selalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ring] | سريڠ

Definisi : ; ~ lanting nama sj burung, Rhizothera longirostris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sering

Puisi
 

Pergi ke Tanjung membeli sirih,
     Belum dapat kuning gagangnya;
Habis gudang cindai kupilih,
     Belum dapat sering benangnya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terlalu (= terlampau) cepat jadi lambat.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sagasagaKesusasteraanTiadaKisah legenda yang panjang tentang salasilah raja yang hebat, pahlawan, dan sesebuah keluarga. Saga sering disampaikan secara lisan tetapi mula dirakamkan secara bertulis pada abad ke-12. Saga sering dikaitkan dengan cerita dari Iceland dan negara Scandinavia. Saga mengandungi ciri-ciri ghaib, watak mitos atau watak yang berdarjat tinggi. Pada masa sekarang, istilah saga digunakan untuk merujuk kepada mana-mana legenda atau kisah yang melibatkan pengalaman dan kejayaan yang cemerlang dan menakjubkan. Contoh saga dari Scandinavia ialah Heimskrigla Saga yang menceritakan Raja Norway yang awal. Contoh dalam kesusasteraan Melayu ialah Silsilah Melayu dan Bugis yang meriwayatkan pengembaraan dan kehebatan wira-wira Bugis. Dalam sastera Arab, saga terdapat dalam trilogi Najib Mahfuz yang tersohor berjudul Bayn al-Qasrayn, Qasr al-Sharq, dan al-Sukkariyah.
bovaryismbovarismeKesusasteraanTiadaKecenderungan individu yang lari daripada kenyataan dan menafikan realiti. Individu itu membayangkan dirinya sebagai wira atau wirawati dalam sesebuah fiksyen. Bovarisme berpunca daripada watak Emma Bovary sering mencampuradukkan angan-angan romantik dengan realiti. Pengarang sering mendedahkan bovarisme melalui ironi sebagai amaran kepada pendedahan berlebih-lebihan terhadap unsur romantik yang mempesonakan dan memperdayakan.
phallocentrismfalosentrismeKesusasteraanTiadaKecenderungan ke arah perspektif dan ideologi lelaki serta merendahkan atau menolak perspektif dan ideologi wanita. Contohnya, dalam novel D.H. Lawrence, suara dan tindak-tanduk watak wanita sering didominasi dan ditenggelamkan oleh suara dan tindakan watak lelaki. Falosentrisme sering digunakan dalam disiplin atau kritikan feminis dan dekonstruksi. Contoh terbaik mendedahkan falosentrisme ditemui dalam tulisan H�l�ne Cixous bertajuk The laugh of the Madusa yang mengkritik ciri-ciri falosentrisme dalam teori psikoanalisis Freud. Lihat juga dekonstruksi.
operating system virusvirus sistem pengendalianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKategori virus yang menyasarkan fail sistem pengendalian. Virus ini menjangkiti: 1. fail yang dilancarkan semasa permulaan sistem, iaitu fail yang sering disasarkan oleh virus sektor, 2. fail yang digunakan untuk menguruskan sumber sistem komputer, iaitu yang sering disasarkan oleh virus sistematik, atau 3. fail pustaka seperti fail �*.DLL�.
frequent lodgerpenginap kerapPelanconganTiadaTetamu yang sering menginap di bawah satu kumpulan jenama hotel.
frequent triplawatan kerapPelanconganTiadaKunjungan yang sering dilakukan ke sesuatu destinasi.
marshrawangSains MarinTiadaTanah lembap yang sering dijumpai di pinggir pantai, tasik dan sungai yang merupakan ekosistem peralihan antara ekosistem akuatik dan daratan. Rawang didominasi oleh rumput mensiang dan spesies tumbuhan herba berbanding spesies tumbuhan berkayu.
coumarinkumarinHerbaPemiawaianSebatian terbitan benzo-?-piron yang sering terdapat dalam tumbuhan dan boleh wujud dalam bentuk bebas atau glikosida. Sebatian ini bersifat toksik dan berwarna putih serta berbau seperti rumput dipotong. Kumarin digunakan untuk membuat pewangi dan sabun. Sebatian ini mempunyai kesan antiradang dan antihiperglisemia. Nama lain bagi kumarin ialah 1,2-benzopiron. Contohnya, skopoletin. Banding furanokumarin.
sunglowteja mentariGeografiTiadaCahaya merah jambu yang sering dilihat di langit sebelum matahari terbit atau selepas matahari terbenam.
penny dreadfulcerita picisanKesusasteraanTiadaCerita popular, murahan dan sering disampaikan secara bersiri. Cerita picisan tidak memperlihatkan nilai seni yang tinggi. Cerita ini biasanya memaparkan tema sensasi seperti jenayah dan keganasan. Kadang-kadang cerita picisan memaparkan persoalan cinta murahan yang berbaur erotik dan sebagainya. Cerita picisan melecehkan tradisi naratif gotik dan fantasi. Lihat juga fantasi, gotik.
12345678910...

Kembali ke atas