operating system virus | virus sistem pengendalian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kategori virus yang menyasarkan fail sistem pengendalian. Virus ini menjangkiti: 1. fail yang dilancarkan semasa permulaan sistem, iaitu fail yang sering disasarkan oleh virus sektor, 2. fail yang digunakan untuk menguruskan sumber sistem komputer, iaitu yang sering disasarkan oleh virus sistematik, atau 3. fail pustaka seperti fail �*.DLL�. |
Glossostigma | Glossostigma | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul. Daunnya bersaiz kecil, iaitu antara 0.3 – 1.2 cm panjang dengan 0.2 – 0.6 mm lebar yang sering ditanam di dalam akuarium seperti rumput karpet. Glossostigma memerlukan cahaya yang terang dan nutrien yang tinggi dari dalam tanah untuk menjadi seperti rumput karpet. Antara jenis Glossostigma yang popular ialah Glossostigma diandrum dan Glossostigma elantinoides. |
coumarin | kumarin | Herba | Pemiawaian | Sebatian terbitan benzo-?-piron yang sering terdapat dalam tumbuhan dan boleh wujud dalam bentuk bebas atau glikosida. Sebatian ini bersifat toksik dan berwarna putih serta berbau seperti rumput dipotong. Kumarin digunakan untuk membuat pewangi dan sabun. Sebatian ini mempunyai kesan antiradang dan antihiperglisemia. Nama lain bagi kumarin ialah 1,2-benzopiron. Contohnya, skopoletin. Banding furanokumarin. |
machiavel | machiavel | Kesusasteraan | Tiada | Watak tipa dalam sesebuah karya yang mendapat namanya daripada Niccolo Machiavelli (1469 � 1527), seorang negarawan dan ahli falsafah di Florence, Itali. Beliau menulis sebuah karya yang mewajarkan konsep �matlamat menghalalkan cara� dalam pentadbiran negara. Bukunya sering dirujuk dalam drama yang dihasilkan pada Zaman Ratu elizabeth 1 pada abad ke-17. Pada zaman tersebut, nama Machiavelli muncul dan dikaitkan dengna sifat kedurjanaan dan kecurangan. Watak penjarah yang terdapat dalam karya tragedi balas dendam dikenali juga sebagai Machiavel. |