glomerulonephritis | glomerulonefritis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada lingkaran kapilari dalam glomerulus, sering kali menyusuli infeksi trek pernafasan atas oleh streptokokus. |
endocarditis | endokarditis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada endokardium dan injap-injap jantung. Keadaan ini sering kali disebabkan demam reumatik dan jangkitan bakteria. |
astragal | astragal | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ukiran kecil separuh bulat yang biasanya berbentuk manik dan kekili, yang sering kali digunakan untuk merekat sepasang pintu. Ukiran ini merupakan satu elemen seni bina yang digunakan pada bahagian atas atau pada tapak tiang, atau sebagai alatan pembingkaian perabot dan kerja perkayuan yang juga dikenali sebagai kumai kecil. |
one-party dominant | dominan satu parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan yang dikuasai oleh sebuah parti yang sering kali berjaya menguasai sesebuah kerajaan. Walaupun pelbagai parti dibenarkan bersaing dalam pilihan raya, namun parti dominan ini yang pasti menang. Kemenangan yang dicapai membolehkan parti ini memperkukuhkan kedudukannya dengan menguasai segala agensi pemerintahan serta memastikan penguasaannya dalam pilihan raya akan datang. Contohnya, sebuah parti tunggal seperti Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura atau parti gabungan Barisan Nasional di Malaysia. |
palimpsest | palimpses | Kesusasteraan | Tiada | Sekeping bahan tulisan seperti kulit yang dipadamkan tulisannya yang awal. Bahan tulisan ini digunakan semula sehingga sering kali berlaku inskripsi yang bertindan atau berlapis kerana tulisan awalnya tidak dipadamkan sepenuhnya. Keadaan ini berlaku kerana bahan tulisan amat mahal dan sukar diperoleh. Kini, istilah ini merujuk kepada sesebuah karya sastera yang mempunyai banyak lapis makna. |
cyanosis | sianosis | Herba | Fitoterapi | Keadaan apabila membran mukus atau kulit elihatan kebiru-biruan akibat kekurangan oksihemoglobin di dalam darah. Sianosis sering kali dialami oleh kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung berlubang. |
aflatoxin | aflatoksin | Perikanan | Akuakultur | Toksin atau racun yang dikeluarkan oleh kulat Aspergillus nigerflavus yang kebiasaannya didapati pada bijirin. Toksin ini sering kali dikaitkan dengan keracunan makanan apabila bijirin yang tercemar dimakan oleh ikan. |
pulmonary fibrosis | fibrosis pulmonari | Kejururawatan | Tiada | Penebalan tisu perantara paru-paru akibat pembentukan parut yang menyebabkan paru-paru hilang kekenyalan. Sering kali terjadi akibat inflamasi atau kecederaan. |
metrical fillers | pengisi matris | Kesusasteraan | Tiada | Suku kata, perkataan, atau frasa yang digunakan untuk menggenapkan keperluan sukatan baris atau rima. Pengisi matris sering kali tidak mempunyai makna, kadangkala hanya merupakan kata merapu tetapi berfungsi untuk memenuhi syarat suku kata dalam baris dan bunyi. Pengisi matris digunakan kerana nilai bunyinya. Contohnya dalam syair, pengisi matris hanya memenuhi kehendak lagu kerana syair itu dilagukan. Contoh berikut menunjukkan pengisi (dicetak condong), dimasukkan untuk memenuhi sukatan baris dan lagu: (a) Adik wei jangan berhati gundah (b) Tinggallah tuan ayo adinda (c) Dilihatnya surat di pandan wari (d) Menangis sambil membaca seri. Contoh berikut adalah untuk keperluan rima: �hancurnya hati puteri surana,� untuk dirimakan dengan, �berpeluk bercium sangat gulana� �Ken Tambuhan berkata maka,� untuk dirimakan dengan, �rupanya seperti bunga cempaka� �anak bininya diikat apa,� untuk dirimakan dengan, �tiada lagi memandang rupa�. |
bone bed | lapisan tulang | Geografi | Tiada | Stratum endapan, biasanya lapisan tipis batu pasir, batu kapur, atau gravel, yang mengandung banyak serpihan tulang atau tulang fosil, dan sering kali juga mengandung tinggalan bahan organik yang lain, seperti sisik, gigi, dan koprolit. |