acetogenin | asetogenin | Herba | Fitokimia | Kumpulan sebatian alifatik rantai panjang yang mempunyai hujung ?-lakton, sering kali mengandungi ketidaktepuan dan membentuk satu atau dua gelang tetrahidrofuran sama ada bersebelahan atau tidak. Asetogenin sering terdapat dalam tumbuhan famili Annonaceae. Sebatian jenis ini diketahui mempunyai kesan membunuh sel kanser, bakteria dan serangga. Contoh sebatian ini ialah anonasin yang terdapat dalam buah nona (Annona squamosa). Sinonim poliketida. |
b-carotene | b-karotena | Kimia | Biokimia | Sebatian karotenoid yang merupakan pigmen hidrokarbon yang sering terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sebatian ini juga merupakan provitamin yang paling penting dan sering digunakan sebagai agen pewarna makanan dan sebagai pendulu vitamin A. |
saga | saga | Kesusasteraan | Tiada | Kisah legenda yang panjang tentang salasilah raja yang hebat, pahlawan, dan sesebuah keluarga. Saga sering disampaikan secara lisan tetapi mula dirakamkan secara bertulis pada abad ke-12. Saga sering dikaitkan dengan cerita dari Iceland dan negara Scandinavia. Saga mengandungi ciri-ciri ghaib, watak mitos atau watak yang berdarjat tinggi. Pada masa sekarang, istilah saga digunakan untuk merujuk kepada mana-mana legenda atau kisah yang melibatkan pengalaman dan kejayaan yang cemerlang dan menakjubkan. Contoh saga dari Scandinavia ialah Heimskrigla Saga yang menceritakan Raja Norway yang awal. Contoh dalam kesusasteraan Melayu ialah Silsilah Melayu dan Bugis yang meriwayatkan pengembaraan dan kehebatan wira-wira Bugis. Dalam sastera Arab, saga terdapat dalam trilogi Najib Mahfuz yang tersohor berjudul Bayn al-Qasrayn, Qasr al-Sharq, dan al-Sukkariyah. |
sample unit | unit sampel | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Beberapa elemen daripada keseluruhan populasi yang dipilih untuk dijadikan sampel. Antara elemen yang sering dipilih untuk dijadikan sampel. Antara elemen yang sering dipilih terdiri daripada warna, jenis, bentuk dan corak. Sampel ini digunakan untuk menentukan warna, jenis, bentuk dan corak sesuatu budaya dan umur artifak. Kajian terhadap sampel biasanya dilakukan di makmal dengan menggunakan kaedah saintifik. Antara unit sampel yang biasa digunakan ialah sampel rawak dan sampel tanah. |
bovaryism | bovarisme | Kesusasteraan | Tiada | Kecenderungan individu yang lari daripada kenyataan dan menafikan realiti. Individu itu membayangkan dirinya sebagai wira atau wirawati dalam sesebuah fiksyen. Bovarisme berpunca daripada watak Emma Bovary sering mencampuradukkan angan-angan romantik dengan realiti. Pengarang sering mendedahkan bovarisme melalui ironi sebagai amaran kepada pendedahan berlebih-lebihan terhadap unsur romantik yang mempesonakan dan memperdayakan. |
cirrostratus | sirostratus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Genus awan, tampak seperti kerudung putih, biasanya berserabut, tetapi kadang-kadang rata dan mungkin menutupi langit keseluruhannya; sering menghasilkan fenomena 'halo', sebahagian ataupun sepenuhnya. Kadang-kadang tampak berpita-pita tetapi di antara pita terdapat kerudung awan yang lebih nipis. Tepi kerudung sirotratus sering berbentuk tidk teratur dan bertepi tirus, tetapi juga mungkin lurus dan jelas. Terdapat hablur ais dalam awan yang cukup besar untuk jatuh sehingga kelihatan seperti serabut. Sirostratus kadang-kadang nipis dan lut cahaya hingga hampir-hampir tak dapat dikenali, terutama apabila melalui kabut atau pada waktu malam. Sirostratus dihasilkan daripada penggabungan unsur-unsur sirus; atau sirokumulus; atau altostratus. Singkatan Cs. |
infinitely often | sering tak terhingga | Fizik | Tiada | Tiada |
infinitely often | sering tak terhingga | Matematik | Tiada | Tiada |
phallocentrism | falosentrisme | Kesusasteraan | Tiada | Kecenderungan ke arah perspektif dan ideologi lelaki serta merendahkan atau menolak perspektif dan ideologi wanita. Contohnya, dalam novel D.H. Lawrence, suara dan tindak-tanduk watak wanita sering didominasi dan ditenggelamkan oleh suara dan tindakan watak lelaki. Falosentrisme sering digunakan dalam disiplin atau kritikan feminis dan dekonstruksi. Contoh terbaik mendedahkan falosentrisme ditemui dalam tulisan H�l�ne Cixous bertajuk The laugh of the Madusa yang mengkritik ciri-ciri falosentrisme dalam teori psikoanalisis Freud. Lihat juga dekonstruksi. |
infinitely often occurance | keberlakuan sering tak terhingga | Matematik | Tiada | Tiada |