Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.lah] | سرله

Definisi : ; menyerlah 1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dll), kelihatan ber-cahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dll): di kala langit itu cerah, bintang nampak-nya ~; 2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol: di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yg ~ bakatnya; menyerlahkan 1. menjadikan terserlah, menjadikan terang bercahaya (berseri dsb): setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yg ~ cahaya dan kilauan dgn sepenuhnya; 2. mengemukakan (dgn nyatanya), menonjolkan: tulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh, walaupun tidak banyak tetapi cukup utk ~ pandangan tentang nilai estetika Sastera Melayu; terserlah menyerlah; keterserlahan perihal (keadaan) terserlah; serlahan sesuatu yg menyerlah (terserlah); penyerlahan perihal (usaha, proses, dsb) menyerlahkan sesuatu, penonjolan: amanat yg mengarah kpd ~ permasalahan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.lah] | سرله

Definisi : ; menyerlah 1 menjadi nyata dan bercahaya (berseri dsb): Lampu yg berwarna-warni ~ menerangi bandar raya Kuala Lumpur. Kecantikannya ~ pd malam itu. 2 (sangat) cemerlang dan menonjol: Bakatnya ~ dlm pertandingan itu. menyerlahkan 1 menjadikan kelihatan nyata (cantik, berseri dll): Dgn mematuhi petua-petua kecantikan itu, anda akan ~ kecantikan semula jadi anda. 2 menjadikan cemerlang: Cara Latihan itu akan ~ bakat yg ada. terserlah 1 kelihatan berseri (bkn kecantikan dll); kelihatan nyata bercahaya (bkn bulan dll): Kecantikannya ~ selepas disolek oleh mak andam. 2 kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn bakat dll): Kebolehannya ~ dlm persembahan yg menarik itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serlah
Kata Terbitan : menyerlah, terserlah, menyerlahkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bed delineationserlah lapisanKejuruteraanTiadaProses mengenal pasti lapisan dalam jujukan stratigrafi berdasarkan log telaga.
accent lightlampu serlahLandskapTiadaLampu yang digunakan untuk meningkatkan ciri keindahan pada tumbuhan atau struktur.
bed delineation toolalat serlah lapisanKejuruteraanTiadaPeranti pengelogan telaga yang digunakan untuk mengenal pasti sempadan lapisan batuan.
accentuation designreka bentuk serlahLandskapTiadaReka bentuk yang bertujuan untuk membantu menyerlahkan nilai estetik sesuatu kawasan atau struktur. Contohnya, kombinasi warna digunakan untuk menceriakan kawasan.

Kembali ke atas