Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.pai] | سرڤاي

Definisi : 1. serpih; 2. (Hut) kepingan kecil kayu yg dihasilkan drpd kayu balak dll yg digunakan utk membuat papan serpai, pulpa, tepung kayu, dll; penyerpai mesin utk memotong balak, reja kayu, dll, menjadi serpai yg agak sekata saiznya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serpai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Masonite prosessproses MasonitePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses dalam pembuatan papan gentian dengan cara mengubah serpai-serpai kayu menjadi gentian melalui ledakan. Serpai kayu dimasukkan ke dalam bekas tertutup dan dirawat dengan stim bertekanan tinggi dalam tempoh tertentu, dan kemudian dilepaskan serta merta untuk menyebabkan ledakan dan menghasilkan gentian.
extruded particle boardpapan serpai tersemperitPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPapan serpai yang dihasilkan dengan cara mendesak serpai dengan mengenakan tekanan yang selari dengan permukaan papan. Papan yang dihasilkan mempunyai isipadu dan keronggaan yang sesuai untuk kegunaan tertentu, seperti teras pintu dan bahagian dalam dinding panel.
matformed particle boardpapan serpai hamparanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPapan serpai yang dihasilkan dengan mengenakan tekanan yang serenjang dengan permukaan papan untuk mendapatkan ketumpatan panel yang diperlukan. Papan serpai ini banyak dhasilkan kerana mempunyai pelbagai kegunaan seperti dalam pembuatan perabot.
chipserpaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKepingan kecil kayu yang dihasilkan daripada kayu balak, kayu sayung atau bentuk kayu lain yang dipotong menggunakan alat penyerpai. Serpai digunakan sebagai bahan mentah untuk perbuatan papan serpai, pulpa kimia, dan tepung kayu.
mathamparanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCurahan gentian dan/atau serpai kayu bersama perekat atau air di atas suatu rangka khas sebelum ditekan menjadi kepingan papan serpai atau papan gentian. Hamparan ini memgandungi komposisi campuran yang berbeza mengikut keperluan jenis papan yang hendak dihasilkan.
composite boardpapan kompositPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPapan yang dihasilkan daipada gabungan beberapa jenis papan panel, iaitu sama ada venir, jaluran kayu, papan serpai atau papan gentian. Contoh papan komposit ialah papan cantum, papan baten, dan papan serpai. Sin: papan gubah.
chip markkesan serpihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLekukan cetek pada permukaan kayu yang telah berketam disebabkan oleh serpai atau tatal kayu yang tertekan atau tergiris di antara permukaannya dengan torak semasa pengetaman atau pengumaian. Kesan ini berbeza daripada kesan akibat penggunaan alat yang tumpul. Sin: kesan serpai
wood chipserpai kayuPerhutananTiadaTiada
binder boardpapan serpaiPerhutananTiadaTiada
chip markkesan serpaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLihat kesan serpih
123

Kembali ke atas