Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.pih] | سرڤيه

Definisi : 1. sumbing atau pecah sedikit (pinggan mangkuk, batu, dll): tiang batu itu kelihatan ~ sedikit; 2. = serpihan; menyerpih 1. menyerupai serpih; 2. menjadi serpih, pecah-pecah; 3. menjadikan serpih, memecahkan kecil-kecil; serpihan kepingan-kepingan kecil (drpd sesuatu spt batu, kayu, dll), sobekan: di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka; jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dlm laci kamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.pih] | سرڤيه

Definisi : 1 pecah atau sumbing sedikit bahagian tepinya: Pinggannya ~ sedikit. 2 = serpihan bahagian yg terpecah atau tersobek sedikit dr sesuatu benda; pecahan atau sobekan kecil-kecil dr sesuatu: ~-~ kayu itu dikumpulkan dan dibakar. menyerpih menjadi serpih: Perubahan cuaca yg ketara menyebabkan batu-batan ~. menyerpihkan men­jadikan sesuatu dlm bentuk serpih; memecahkan sesuatu kecil-kecil atau sedikit-sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serpih (adjektif)
Bersinonim dengan sumbing, serpai, sompek, rompes, pecah sedikit, cempek, sobek, cebeh-cebeh, sontak;,
Kata Terbitan : menyerpih, serpihan,

Puisi
 

Kalau tuan menebang jati,
     Biar serpih tumbangnya jangan;
Kalau tuan mencari ganti,
     Biar lebih kurang jangan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Biar merangkak jangan menjalar.

Bermaksud :

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fragmentserpihTeknologi MaklumatTiadaPecahan bahagian fail yang disimpan secara fizikal pada cakera keras di lokasi berlainan. Serpih adalah akibat daripada banyaknya proses mencipta dan memadam fail pada cakera keras dalam sesuatu tempoh.
shivesserpihKesenianTiadaTiada
coarse fragmentserpih kasarGeografiTiadaTiada
coarse fragmentserpih kasarGeologiTiadaZarah mineral atau batuan di dalam tanih yang mempunyai diameter setara yang lebih besar daripada 2 mm.
chipbreakerpenyendal serpihPerhutananTiadaTiada
chippingsbatu serpihKejuruteraanTiadaTiada
coarse fragmentserpih kasarPertanianTiadaTiada
chippingsbatu serpihKesenianTiadaTiada
pressure flakingserpih tekanSejarahTiadaTeknik membentuk alatan batu dengan menyepit batuan kecil, tulang atau kayu khususnya bagi senjata tipis seperti kepala anak panah dan sebagainya.
mineral chipserpih mineralKejuruteraanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas