pus | nanah | Kejururawatan | Tiada | Cecair pekat kekuning-kuningan atau kehijau-hijauan terbentuk pada tapak jangkitan. Nanah terdiri daripada sel-sel darah putih yang sudah mati, bakteria hidup dan mati dan serpihan-serpihan tisu yang telah mati. |
bamboo splinter | serpihan buluh | Buluh | Tiada | Serpihan kecil buluh yang terhasil daripada proses pemotongan buluh, yang boleh dikaitkan dengan kualiti produk. |
accretionary ridge | permatang akretan | Sains Marin | Tiada | Sedimen dan serpihan batu yang telah terkumpul apabila plat lautan turun memenuhi plat utama (lautan atau benua) di zon subduksi. Sedimen atau serpihan batu di permatang ini kebanyakannya sedimen marin dikikis dari plat lautan yang menurun. |
detritus | detritus | Sains Marin | Tiada | Bahan berupa sampah atau serpihan seperti kerikil, pasir, lumpur dan bahan lain yang dihasilkan oleh hakisan atau melalui proses pereputan yang memasuki sistem akuatik. Jika bahan-bahan tersebut berasal daripada pereputan bahan organik, disebut sebagai detritus organik. Detritus organik biasanya termasuk badan atau serpihan organisma yang mati serta bahan kumuh termasuk najis. Detritus organik biasanya dikolonisasikan oleh komuniti mikroorganisma yang bertindak sebagai pengurai. Detritus merupakan sumber nutrisi bagi berbagai-bagai organisma, terutamanya dalam sistem perairan cetek dan terlindung. Banyak organisma bentik (bentos) yang bergantung kepada detritus sebagai sumber makanan dan dikategorikan sebagai pemakan detritus. |
splinter party | parti serpihan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang ditubuhkan hasil daripada perpecahan sebuah parti yang besar. Parti ini biasanya bersaiz kecil dan tidak mendapat sokongan yang besar serta sukar menyaingi parti yang sudah terkenal. Parti ini juga dibayangi dan dipimpin oleh seorang tokoh tertentu yang keluar daripada parti asal. Parti ini biasanya tidak dapat bertahan lama apabila pemimpinnya sudah tiada lagi atau ideologinya tidak dapat diterima masyarakat. Contohnya, Hamim yang dipimpin oleh Datuk Mohd. Asri dan Berjasa yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir merupakan parti serpihan yang terhasil daripada krisis dalam PAS pada tahun 1977. |
phagocytosis | fagositosis | Perikanan | Akuakultur | Pengepungan dan penghadaman patogen serta serpihan sel, iaitu sel-sel badan atau sel patogen yang telah mati. |
chip | suban; serpih; racik; cip (elektronik) | Geologi | Tiada | Suban: Serpihan kecil daripada hablur kayu,batu, logam dan sebagainya. |
particle board | papan zarah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bod panel yang dihasilkan daripada campuran serpihan kayu yan dimampatkan dan kemudian dilekatkan dengan bahan perekat sintetik. Papan zarah dikemaskan menggunakan venir kayu dan bahan laminat. Bod panel ini banyak digunakan untuk menghasilkan perabot atau dinding sesekat. Sinonim papan cip. |
roll mark | cacat guling | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kecacatan pada gelungan logam akibat serpihan logam yang terlekat pada pengguling. |
Sanger sequencing | penjujukan Sanger | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah menentukan jujukan DNA berdasarkan penyisipan selektif serpihan rantaian penamat deoksiribonukleotida oleh polimerase DNA semasa proses replikasi DNA secara in vitro. |