herd mentality | pemikiran kelompok | Psikologi | Tiada | Keadaan yang menunjukkan bahawa seseorang dapat dipengaruhi oleh seseorang atau pihak lain supaya mengamalkan tingkah laku tertentu berasaskan emosi, bukannya rasional. |
nationality | kerakyatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Status kewarganegaraan yang dimiliki oleh seseorang dalam sesebuah negara. Status ini membezakan seseorang itu dengan pelancong, pendatang yang sah dan tidak sah, pelarian dan pemohon suaka politik. Dengan status kewarganegaraan, seseorang itu layak mendapat hak seperti yang sewajarnya diterima oleh seorang warganegara seperti hak mengundi, dilindungi oleh kerajaan dan pelbagai jenis pembiayaan seperti persekolahan, kesihatan dan kebajikan. Status warganegara boleh diperoleh melalui beberapa cara seperti melalui jus soli atau menjadi warganegara apabila lahir di negara tersebut atau melalui permohonan secara perundangan dan penganugerahan oleh sesebuah negara atas kepakaran yang dimiliki. |
ego | ego | Kesusasteraan | Tiada | Tanggapan seseorang tentang harga dirinya, yang mempengaruhi keyakinan diri, cara berfikir, bertingkah laku, berkemahuan dan tindakan. Ego seseorang itu merupakan perasaan dirinya dalam keadaan sedar, yang berupaya menguasai fikiran dan perlakuannya. Kadangkala ego turut dikaitkan dengan sifat bangga dan sayang diri. Ego mempengaruhi karya sastera seseorang pengarah. Banding egoisme. |
e-authentication | e-pengesahan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Proses pengesahan identiti seseorang secara elektronik, seperti tandatangan digital. Proses ini merupakan kaedah yang paling selamat untuk mengesahkan identiti seseorang ketika melakukan transaksi atau urusan dalam talian. Contohnya, pengesahan laporan kesihatan seseorang pesakit oleh seorang doktor secara elektronik sebelum dihantar kepada pakar perubatan yang berikutnya untuk dianalisis. |
window of opportunity | jendela peluang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kesempatan atau ruang yang diperoleh secara tiba-tiba oleh seseorang untuk meningkatkan kedudukan atau mendapatkan keuntungan bagi dirinya. Peluang ini mengubah kedudukan seseorang daripada rakyat biasa menjadi seorang pemimpin yang dihormati. Contohnya, seseorang yang dilantik sebagai menteri atau perdana menteri akan memberi jendela peluang kepada ahli keluarganya untuk merebut sebanyak mungkin peluang perniagaan atau politik yang penting. |
coercive power | kuasa paksaan | Pentadbiran | Tiada | Autoriti yang berpunca daripada kawalan seseorang pentadbir melalui hukuman atau menolak pemberian ganjaran kepada kakitangan bawahan. Kuasa paksaan selalu dimiliki oleh mereka yang boleh memecat, mengurangkan gaji, menangguhkan bayaran, menahan atau menurunkan pangkat seseorang yang tidak mengikut arahan serta peraturan yang ditetapkan dan mungkin oleh kerana pencapaian yang tidak memuaskan. Oleh itu, seseorang pentadbir memperoleh kuasa kerana kakitangan takut dihukum jika tidak mengikut peraturan organisasi. Pada hari ini kuasa paksaan lebih difokuskan kepada aspek psikologi dan emosi. Walaupun undang-undang mengehadkan kebolehan seseorang pentadbir menggunakan kuasa paksaan, namun kuasa paksaan masih digunakan oleh kebanyakan organisasi kerana pentadbir atasan hendak mendapatkan kepatuhan daripada kakitangan bawahan. |
point of view | sudut pandangan | Kesusasteraan | Tiada | Cara seseorang pengarang menyampaikan cerita dalam karya yang dihasilkannya. Seseorang pengarang akan menentukan cara sesuatu idea, perwatakan, latar atau aksi yang terdapat dalam cerita untuk disampaikan kepada pembaca. Terdapat dua sudut pandangan yang utama, iaitu sudut pandangan pencerita pertama dan sudut pandangan pencerita ketiga. Dalam sudut pandangan pencerita pertama, pengarang terlibat sebagai salah seorang watak dalam cerita dengan menggunakan ganti nama diri �aku�. Sudut pandangan pencerita ketiga pula memperlihatkan kedudukan pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku pemerhati serba tahu terhadap keseluruhan perjalanan cerita tersebut. Lihat juga serba tahu terbatas, sudut pandangan serba tahu. |
digital immigrant | imigran digital | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Seseorang yang dilahirkan sebelum era teknologi digital ataupun seseorang yang dilahirkan selepas era teknologi digital, tetapi tidak terdedah kepada teknologi digital. Kebiasaannya mereka menjadi kekok apabila menggunakan teknologi digital ataupun menjadikan teknologi digital sebagai pilihan kedua. Contohnya mereka lebih selesa mengedit secara mencetak dokumen berbanding pengeditan secara dalam talian atau pada skrin. Banding jati digital. |
idiolect | idiolek | Kesusasteraan | Tiada | Variasi bahasa yang digunakan oleh seseorang individu. Aspek bahasa yang digunakan adalah dari segi perbendaharaan, gaya, sebutan, nahu dan sebagainya. Bahasa yang digunakan berbeza antara satu sama lain. Sama seperti penggunaan cap jari yang membolehkan seseorang dikenal pasti, idiolek dikatakan sebagai �cap suara� yang menyerlahkan keunikan seseorang. Idiolek berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �gabungan antara peribadi dengan bercakap�. |
deprivation | penafian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan meminggirkan peranan dan hak seseorang atau organisasi dalam sesuatu sistem yang dilakukan sama ada berasaskan motif politik atau ekonomi. Dalam konteks politik, penafian dilakukan untuk menghalang pengaruh seseorang atau kelompok tertentu daripada mencabar dan menyaingi kedudukan atau penguasaan politik golongan pemerintah. Penafian politik boleh wujud dengan menyekat seseorang atau kelompok bertanding dalam pilihan raya atau menghalang penglibatannya dalam aktiviti politik. Tindakan ini boleh dilakukan dengan mengenakan peraturan tertentu, menahan dan memenjarakan individu tersebut. Dalam konteks ekonomi pula, penafian boleh dilakukan dengan mengetatkan syarat perniagaan, mengenakan kuota atau cukai tertentu dan mengehadkan ruang perniagaan sesuatu kelompok. Contohnya, puak Kurdish di Iraq sewaktu rejim Saddam dinafikan hak mereka dalam konteks perwakilan politik. Sinonim perlucutan. |