Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.se.te.ngah] | سستڠه

Definisi : beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.se.te.ngah] | سستڠه

Definisi : setengah-setengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
worldwide coverageperlindungan serata duniainsuransTiadaFasal dalam sesetengah polisi yang memberi perlindungan di seluruh dunia. Pengapung barang kemas, pakaian dari bulu binatang, barangan dan harta peribadi biasanya mengandungi fasal ini.
year free of premiumtahun pengecualian premiuminsuransTiadaSesetengah insurer menawarkan insurans seperti insurans isi rumah yang memberi pengecualian premium selepas beberapa tahun perlindungan insurans berkuat kuasa.
protection and indemnity riskrisiko indemniti dan perlindunganinsuransTiadaSesetengah risiko sejak dahulu tidak boleh diinsuranskan dalam pasaran insurans marin. Dengan ini, tuan punya kapal telah menubuhkan persatuan kerjasama (kelab) untuk perlindungan risiko tersebut. Perlindungan termasuk belanja pengasingan, liabiliti perlanggaran dan kesan pelanggaran, belanja pembersihan kesan kemusnahan dan liabiliti di bawah kontrak penundaan serta liabiliti terhadap kerosakan kepada kapal lain selain perlanggaran dan sebagainya. Risiko ganti rugi termasuk liabiliti tuan punya kapal terhadap kargo, denda kelewatan, pemindahan atau kesalahan kastam.
squishskuisyKejuruteraan AutomotifEnjinRuang dalam kebuk pembakaran pada sesetengah enjin yang ombohnya menghimpit sebahagian campuran udara-bahan api pada penghujung lejang mampatan. Ketika omboh mendekati pusat takat terakhir atas, campuran tersebut tertolak keluar dari ruang himpitan. Keadaan ini menghasilkan gelora yang menyebabkan campuran udara-bahan api lebih sempurna, seterusnya pembakaran lebih cekap terhasil.
menopausemenopaus/putus haidKejururawatanTiadaPemberhentian haid seseorang wanita. Sesetengah wanita akan mengalami perubahan fisiologi seperti kemerahan muka, debaran jantung, kekeringan vagina dan kulit, serta gangguan emosi.
waiver of restoration premiumpenepian pemulihan premiuminsuransTiadaPeruntukan dalam sesetengah kontrak khususnya bon yang insurer bersetuju tidak akan mengenakan premium tambahan untuk mengembalikan semula jumlah insurans ke amaun asal setelah kerugian berlaku.
thermostatic cycling switchsuis kitaran termostatikKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaDalam sesetengah cekam kitaran yang dipasang dalam sistem penyaman udara, suis akan mematikan cekam pemampat jika suhu penyejat berada di bawah aras beku untuk mengelakkan terbentuknya air batu pada penyejat.
latexlateksHerbaTiadaCecair putih atau cairan susu yang terdapat pada sesetengah tumbuhan. Lateks biasanya diperoleh melalui torehan pada bahagian tertentu pokok. Contoh lateks seperti susu getah yang diperoleh daripada batang pokok getah (Hevea brasilensis) untuk kegunaan industri getah dan getah candu daripada kapsul pokok candu (Papaver somniferum) untuk kegunaan farmaseutikal.
idle mixture screwskru campuran melahuKejuruteraan AutomotifEnjinSkru pelaras pada sesetengah karburetor yang boleh dipusing- kan ke dalam atau ke luar untuk mengurangkan atau melebihkan campuran udara-bahan api ketika enjin melahu.
security policy systemsistem dasar sekuritiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKawalan yang wujud dalam sesetengah sistem pengendalian untuk membolehkan pentadbir sistem melaksana dan menguatkuasakan dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh organisasi. Perkara yang boleh dilakukan oleh kawalan ini termasuk penguatkuasaan bentuk kata laluan, had pengagihan atau perkongsian maklumat, dan halangan pencapaian ke sistem selepas kegagalan.
1234567

Kembali ke atas