Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.si] | سيسي

Definisi : (sési) 1. tempoh (penggal, semester, atau tahun) pengajian di universiti dll: ~ pertama bermula pd bulan Jun; 2. suatu jangka masa berlangsungnya atau berlakunya sesuatu aktiviti: ~ temu duga; 3. perjumpaan sekumpulan pegawai (mahkamah, parlimen, dsb) utk se­suatu tujuan, sidang: ~ parlimen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sesi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan semester: penggal

2. Bersinonim dengan sidang: pertemuan, perjumpaan.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
concurrent sessionsesi selari/sesi serentakPelanconganTiadaSesi pembentangan yang dikendalikan sekali gus, seperti dalam Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE).
learning experience (LX)pengalaman pembelajaran (LX)Teknologi Maklumate-PembelajaranSebarang rakaman interaksi, kursus, program atau apa-apa sahaja aktiviti pembelajaran, sama ada dalam sesi pembelajaran formal atau tidak formal. Contoh pengalaman pembelajaran seperti sesi kuliah, sesi bertemu pakar, lawatan sambil belajar, kerja lapangan, gamifikasi, interaksi dalam talian, latihan amali, sangkutan kerja dan aktiviti kokurikulum.
blocked practicepraktis blokSains SukanBiomekanikKaedah yang menumpukan satu aspek kemahiran sahaja dalam satu sesi latihan. Dalam sesi latihan ini, hanya satu kemahiran sahaja yang dilakukan seperti melakukan servis pendek dalam permainan badminton. Kemahiran lain seperti servis lob, servis kilas dan sebagainya tidak diajar.
plenary sessionsesi plenoPelanconganTiadaSesi apabila kesemua peserta persidangan dikumpulkan dalam satu ruang untuk mendengar taklimat dan memberikan pandangan masing-masing atau bertukar-tukar pendapat dalam kalangan mereka yang mempunyai kepentingan bersama.
engagement sessionsesi libat urusPentadbiranTiadaSesi yang diadakan bagi membincangkan tentang sesuatu perkara seperti usaha, kegiatan, perancangan dan sebagainya yang melibatkan pihak berkepentingan dalam mengendalikan atau menyelenggarakan sesuatu perkara tersebut agar berjalan dengan baik.
handshaking proceduretatacara jabat tanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSesi dialog permulaan antara dua entiti yang ingin berhubung antara satu sama lain. Dalam sesi ini, protokol komunikasi ditentukan, seterusnya penukargantian identiti antara entiti yang berhubung serta pengesahan identiti dilakukan sebelum penukargantian data boleh berlangsung.
learning eventperistiwa pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranAktiviti yang terancang dan terurus untuk membantu individu yang mengikuti bengkel, kursus, persidangan atau sesi kumulatif e-pembelajaran, kejurulatihan atau pementoran dengan mempelajari ilmu, kemahiran atau sikap baharu menerusi sesi aktiviti pembelajaran, latihan atau pembangunan yang telah diikuti dengan sepenuhnya.
outdoor photo shootsesi foto luarFotografiTiadaTiada
show and tell sessionsesi tunjuk dan terangPendidikanTiadaKaedah pembelajaran dengan cara guru menunjukkan objek yang diketahui oleh murid dan memberitahu mereka di hadapan kelas secara bergilir-gilir. Kaedah ini selalunya menggunakan barang peribadi, makanan kegemaran dan juga gambar.
syndicationperbincangan sindiketPendidikanTiadaSesi perbincangan dalam kumpulan yang bersatu dan berusaha untuk melaksanakan sesuatu tugas perundingan atau transaksi.
1234

Kembali ke atas