insider | orang dalam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat syarikat yang belum diumumkan kepada orang ramai, termasuk lembaga pengarah, pegawai syarikat, akauntan, peguam syarikat dan lain-lain. |
الجعالة | janji berupah | Agama Islam | Fiqh | Janji memberi upah kepada sesiapa yang dapat menemui sesuatu barang yang hilang. |
anonym FTP | FTP anonim | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Capaian yang diberikan kepada sesiapa sahaja untuk mencapai pelayan FTP suatu sistem komputer. Pengguna FTP tidak perlu membekalkan identiti sebenar semasa proses pengesahan pengguna. Pengguna hanya perlu menggunakan pengenalan pengguna anonim dan membekalkan alamat e-mel sebagai kata laluan. Biasanya capaian FTP antonim adalah lebih terhad digunakan untuk memuat turun fail sahaja. Lihat juga anonim. |
TTY watcher | pengamat TTY | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian penggodaman yang membenarkan sesiapa sahaja memerhatikan kandungan skrin dan seterusnya merampas kawalan pada sebarang terminal atau komputer luar. |
grapvine | bawa mulut | Pentadbiran | Tiada | Bentuk komuniksi tidak formal, iaitu seseorang itu boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan. |
electronic forms | borang elektronik | Teknologi Maklumat | Tiada | Borang yang dipaparkan pada skrin untuk diisi oleh sesiapa yang berkenaan. |
panjat angkara | panjat angkara | Keris | Tiada | Adat merampas gadis dengan menggunakan keris sebagai ancaman kepada sesiapa yang cuba menghalang kehendak dirinya. |
action field | medan aksi | Komunikasi | Tiada | Kawasan penggambaran yang mempunyai ruang aksi yang diliputi oleh kamera. Bagi sesiapa yang tidak terlibat secara langsung dengan penggambaran tersebut, mereka tidak dibenarkan berada di kawasan medan aksi. |
marshall | marsyal; pengawas | Sukan | Tiada | 1. Pengawas: Pegawai yang mengawasi gelanggang ketika pertandingan dijalankan dan tidak membenarkan sesiapa berada di kawasan pertandingan kecuali petugas rasmi dan atlet. |
maximum permissible dose | dos maksimum dibenarkan | Kejuruteraan | Tiada | Dos radiasi pengionan yang terkumpul dalam jangka masa tertentu supaya tiada kemudaratan kepada sesiapa yang terdedah kepadanya. |