homograph | homograf | Kesusasteraan | Puisi | Penerapan dan penyebutan kata dalam sesuatu rangkap. Lazimnya sesuatu kata mempunyai sesuatu ejaan yang sama namun berbeza erti. Contohnya, dalam ayat 'dia tidak tahu menangkap tahu'. Dalam konteks tahu yang pertama bermakna faham dan yang kedua bermakna sejenis burung. |
lexicalization | leksikalisasi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal membekalkan sesuatu idea dengan sesuatu istilah atau nama. Contohnya, karya sastera Melayu pada zaman kewiraan abad ke-18 banyak memberi sinonim untuk konsep �kewiraan� seperti perwira, gagah, perkasa, sateria, kuat, kukuh dan tegap. Hal ini menunjukkan bahawa konsep kewiraan ini penting dalam budaya pada zaman tersebut. Terdapat dua ekstrem dalam prinsip leksikalisasi, iaitu lebih leksikalisasi yang bermaksud �membekalkan ideaa dengan pelbagai istilah�, iaitu suatu idea dengan banyak istilah, manakala kurang leksikalisasi (under-lexicalization) bermaksud suatu idea dibekalkan dengan terlalu sedikit istilah. Lebih leksikalisasi menjadi petanda tentang peri pentingnya dan signifikannya sesuatu idea dalam sesuatu budaya atau masyarakat, sementara kurang leksikalisasi pula menandakan hal yang sebaliknya. Dengan mengkaji konsep idea yang lebih prominen dan signifikan serta sebarang konsep yang kurang signifikan berdasarkan prinsip leksikalisasi, usaha ini dapat membantu penyelidik mengenal pasti konsep yang lebih menonjol dalam sesuatu masyarakat. Konsep leksikalisasi dikembangkan oleh seorang ahli liguistik Inggeris bernama M.A.K. Halliday. |
antithesis | antitesis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan berlawanan secara langsung dengan sesuatu pernyataan atau sesuatu tesis. Konsep ini merupakan sebahagian daripada proses dialektik materialisme Marx yang menyatakan bahawa asas material sesuatu perkara itu berkembang berdasarkan suatu proses dialektik. Dalam proses ini, keadaan itu berkembang hasil daripada konflik antara satu tesis dengan antitesis. Konflik ini akan berakhir dengan suatu rumusan yang dipanggil sintesis. Sebagai contoh, keadaan kapitalisme melahirkan dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas buruh. Keadaan ini telah melahirkan penentangan buruh terhadap pemodal yang kemudiannya melancarkan revolusi proletar. Penentangan ini merupakan antitesis kepada keadaan kapitalisme tersebut. Konflik ini juga akan melahirkan suatu keadaan sintesis atau dalam ramalan Marx satu masyarakat tanpa kelas. |
typology | tipologi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Membahagi atau mengelompokkan sesuatu bahan kajian kepada beberapa kelompok. Kaedah ini dibuat untuk menjelaskan sesuatu gambaran tentang sesuatu perkara serta mempermudahkan analisis. Proses ini kerap dibuat untuk memberi gambaran tentang terdapatnya perbezaan antara satu jenis dengan jenis yang lain. Contohnya, penjenisan negara kepada negara maju, negara Komunis dan negara sedang membangun. Sinonim penjenisan. |
iconic image | citra ikonik | Kesusasteraan | Puisi | Bayang atau cerminan gambaran sesuatu ikon atau sesuatu objek yang membentuk pemikiran penyair lalu dipaparkan dalam frasa ataupun kalimat. |
political linkage | hubung kait politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan sesuatu peristiwa, fenomena, kes atau perkara dengan politik. Sesuatu yang berlaku itu dilihat sama ada ia sepenuhnya bebas atau mempunyai unsur politik seperti konspirasi, agenda pemimpin, tokoh tertentu dan sesuatu kelompok. Hubung kait politik menjadikan sesuatu tindakan atau peristiwa itu berunsur politik. |
phrase | frasa | Kesusasteraan | Puisi | Kelompok kata yang berfungsi membentuk unit atau bahagian sintaksis sesuatu klausa dalam sesuatu baris puisi. |
index patient | pesakit pemula | Kesihatan Awam | Tiada | Pesakit yang pertama dilaporkan dalam epidemik sesuatu penyakit berjangkit dalam sesuatu populasi, kawasan atau keluarga, atau pesakit yang pertama direkodkan dalam kajian epidemiologi. |
ibarat | ibarat | Kesusasteraan | Puisi | Suatu bentuk puisi tradisional yang digunakan untuk mengumpamakan atau membandingkan sesuatu kenyataan dengan sesuatu kenyataan yang lain, seperti alam. Pada kebiasaannya penggunaan bentuk ini dimulakan dengan perkataan umpama, ibarat, laksana, bagai, seperti dan sebagainya. Contohnya, perumpamaan di bawah. Laksana telur sesangkar pecah sebiji pecah semua. lbarat burung, mata terlepas badan terkurung. |
idiom | idiom | Kesusasteraan | Tiada | Cara untuk melahirkan atau menyatakan sesuatu yang khusus berkaitan dengan sesuatu bahasa. Kadangkala cara penyampaian bersifat tidak gramatis dan tidak logik. Sesuatu idiom amat sukar untuk diterjemahkan secara literal ke dalam bahasa lain kerana maknanya tidak berkaitan dengan perkataan yang digunakan. Contohnya, dalam simpulan bahasa seperti �air muka�, �buah hati�, �kaki bangku�, �bawa diri�, �kaki ayam� dan lain-lain. |