Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tang.kup] | ستڠکوڤ

Definisi : 1. = ~ tangan sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; 2. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dll) kedua-dua belah­nya, simetri; 3. seimbang, selaras: memetik kata-kata Noam Chomsky, “supaya ~ per­kem­­bangan bahasa dgn kemajuan ilmu”; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tang.kup] | ستڠکوڤ

Definisi : 1 sebanyak yg dpt diambil oleh kedua-dua belah tangan yg ditaupkan: ~ beras. 2 kedua-dua belah sama besar ukurannya; simetri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setangkup


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bivalve (mould)setangkup (acuan)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik penghasilan artifak logam dengan menggunakan dua acuan yang bertangkup menjadi satu. Bahagian dalamnya dibentuk dengan motif atau corak yang diingini. Pada bahagian atasnya dibuat lubang untuk menuang cairan logam. Setelah proses selesai, acuan akan dibuka untuk mendapatkan artifak. Ciri penggunaan teknik ini boleh dikenal pasti dengan adanya lelehan logam pada bahagian tepi artifak. Tanah liat dibentuk dan diletakkan di dalam acuan untuk menghasilkan artifak bersoket. Acuan ini dapat digunakan berulang kali berbanding dengan acuan cire perdue.
belllocengArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang dijumpai di tapak arkeologi dan diperbuat daripada logam sama ada gangsa atau besi. Loceng ini dihasilkan dengan menggunakan teknik cetakan setangkup. Loceng ini juga digunakan dalam kehidupan seharian sama ada untuk upacara ritual atau kegunaan biasa. Loceng mempunyai pelbagai hiasan, saiz dan bentuk. Di Asia Tenggara, penggunaan loceng daripada logam dikesan semenjak Zaman Neolitik.

Kembali ke atas