Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ta.ra] | ستارا

Definisi : sama keadaannya (kedudukannya, tarafnya dll); seban­ding; seimbang: Kekayaan dua orang itu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tara (kata nama)
Bersinonim dengan bandingan, tandingan, tolok, padanan, lawan, kufu, imbangan, timpalan, babat;,
Kata Terbitan : setara, menarakan, menyetarakan, tertara, tara2, mentara,

Puisi
 

Nak mandi di pangkalan mana,
     Ingat sedikit disambar buaya;
Adik nak cari setara mana,
     Carilah yang serupa saya.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
equivalent dosedos setaraTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikHasil darab dos terserap, D bagi tisu dan faktor kualiti, Q. Dos setara, E boleh diungkapkan sebagai E = DQ. Nilai Q bersandar pada jenis sinaran, dengan Q = 1 untuk sinar-X, sinar gama dan zarah beta, manakala untuk proton, neutron dan zarah alfa, nilainya lebih besar daripada 1. Unit bagi E ialah Sievert (SV) dan D ialah gray. Dos setara 1 Sv untuk seluruh badan boleh menyebabkan sedikit perubahan pada darah, manakala 2.5 Sv boleh menyebabkan kehilangan rambut, loya, atau kematian bagi kebanyakan kes. Lihat juga dos berkesan.
quantified extractekstrak terkuantitiHerbaTiadaSediaan ekstrak herba yang mengandungi kuantiti yang setara dengan bahan herba yang diungkap dalam julat (x - y) dan nisbah julat bahan herba dengan sediaan herba tulen yang dinyatakan dalam kuantiti yang tepat dan nisbah ini diungkapkan sebagai (a-b) : 1. Kandungan ekstrak terkuantiti dinyatakan dalam suatu julat. Contohnya, ekstrak kering terkuantiti daun ginkgo (Ginkgo folium) dalam aseton (60%v/v) mengandungi 60 mg ekstrak yang setara dengan 13.2 - 16.2 mg flavonoid sebagai glikosida flavon, 1.68 - 2.04 mg ginkgolida A, B dan C serta 1.56 - 1.92 mg bilobalida.
standardised extractekstrak terpiawaiHerbaTiadaSediaan ekstrak herba yang mengandungi kuantiti yang setara dengan bahan herba yang diungkap dalam julat (x-y) dan nisbah julat bahan herba dengan sediaan herba tulen yang diungkapkan sebagai (a - b) : 1. Contohnya, ekstrak kering terpiawai daun senamaki (Sennae folium) dalam etanol (60%v/v) mengandungi 50-65 mg ekstrak yang setara dengan 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena sebagai senosida B.
isolinegaris setaraPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu garisan di atas peta atau carta yang mencantumkan semua titik yang mempunyai nilai atau kuantiti yang sama.
equivalent powerkuasa setaraSains KesihatanTiadaKuasa biasan kanta atau suatu sistem optik merujuk pada kedudukan titik utama.
peer groupkelompok setaraSains PolitikPolitik PerbandinganLihat kelompok sebaya.
cash equivalenttunai setaraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
equivalent yieldkadar hasil setaraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
peer-to-peer economyekonomi rakan setaraEkonomiTiadaPerniagaan antara pelanggan dengan pelanggan tanpa sebarang perantara. Mereka boleh membeli dan menjual produk dan perkhidmatan antara satu sama lain.
equivalent re-instatement methodkaedah pengembalian semula setaraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
123

Kembali ke atas