Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berasaskan (memperlihatkan dsb) perasaan bersatu (bersefahaman, bersepakat dll), mempunyai (membayangkan dsb) pen­dirian dan kepentingan yg serupa: menanda­tangani perjanjian kerjasama dan ~; se­mangat ~ adalah penting bagi menjamin kestabilan rantau ini; kesetiakawanan sikap (pendirian, perasaan, dll) setia kawan: semangat kebangsaan dan ~ menjadi tenaga pendorong utk ketahanan dan kegigihan dlm persaingan yg hebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
setia (adjektif)
1. Bersinonim dengan teguh hati: tetap hati, cekal, tabah, bulat hati, bulat tekad, bulat fikiran,

2. Bersinonim dengan patuh: taat, tawaduk, patih, boleh diharap, tunak,

Kata Terbitan : bersetia, kesetiaan, persetiaan,

Puisi
 

Pohon temu tumbuhnya rapat,
     Rapat lagi si pohon jati;
Kawan beribu mudah didapat,
     Sahabat setia payah dicari.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reciprocitykesalinganSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan antara dua pihak yang saling membantu antara satu sama lain. Hubungan ini tidak semestinya sentiasa berjalan tetapi apabila satu pihak memerlukan bantuan, pihak satu lagi sedia membantu dan demikian juga sebaliknya. Keadaan ini wujud kerana semangat setia kawan yang tinggi dan kesedaran pentingnya rakan yang boleh membantu apabila diperlukan. Contohnya, hubungan UMNO dan MCA kesalingan. Sinonim timbal balik.
South East Asia Treaty Organization (SEATO)Organisasi Perjanjian Asia TenggaraSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi ini diasaskan pada tahun 1954 di bawah perjanjian pertahanan kolektif Asia Tenggara. Pakatan ini dianggotai oleh Australia, Perancis, Britain, New Zealand, Amerika Syarikat, Pakistan, Filipina dan Thailand. Ibu pejabatnya terletak di Bangkok. SEATO ditubuhkan dengan pengaruh kuat negara Barat selepas Perancis berundur dari Indochina. SEATO berperanan untuk menghalang kebangkitan pengaruh komunis di Asia Tenggara. Perjanjian ini diperkuat dengan Piagam Pasifik yang menekankan hak rakyat Asia dan Pasifik bagi kesamaan dan hak penentuan diri. Piagam ini juga menekankan hak menentukan perencanaan matlamat ekonomi, sosial serta kerjasama budaya antara negara anggota. Pelibatan kuasa besar di Indochina pada tahun 1973 telah menggugat semangat setia kawan dalam pakatan ini. Akhirnya SEATO dibubarkan pada tahun 1977. Sinonim SEATO.

Kembali ke atas