meter | meter | Muzik | Tiada | Tanda masa untuk menetapkan jenis ritma dan sukatan masa setiap bar sesuatu karya muzik. Sinonim tanda masa. |
distributed practice | praktis teragih | Sains Sukan | Biomekanik | Kaedah pengagihan masa latihan yang jangka masa latihannya diselang-selikan dengan masa jeda rehat yang kerap. Contohnya, sesi latihan selama satu jam boleh mempunyai empat kali jeda rehat yang diaplikasikan pada setiap 15 minit. |
policy year experience | pengalaman tahun polisi | insurans | Tiada | Kiraan premium dan kerugian untuk setiap 12 bulan bagi setiap polisi yang berkuat kuasa. Kerugian yang berlaku semasa 12 bulan akan dicatatkan pada waktu itu walaupun pembayaran dibuat pada masa akan datang. |
real-time polymerase chain reaction | tindak balas rantai polimerase masa nyata | Kesihatan Awam | Tiada | Teknik biologi molekul untuk menambah bilangan DNA sasaran. Hasil PCR ini ditentukan kuantitinya pada setiap kitar dalam masa nyata untuk menganalisis pengekspresan DNA sasaran. |
bonus time | masa bonus | Sukan | Lumba Basikal | Potongan masa yang diberi kepada pemenang pertama,kedua dan ketiga, pada setiap peringkat dalam acara lumba jelajah. |
real-time polymerase chain reaction (PCR) | tindak balas berantai polimerase masa nyata (PCR) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teknik biologi molekul untuk menambah bilangan DNA sasaran. Hasilan PCR ini ditentukan kuantitinya pada setiap kitar dalam masa nyata untuk menganalisis pengekspresan pembezaan DNA sasaran. |
serial killer | pembunuh bersiri | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Orang yang lazimnya membunuh tiga orang atau lebih secara berturutan dalam kejadian yang berbeza dengan tempoh masa bertenang antara setiap kejadian dengan cara pembunuhan yang hampir sama. Pembunuh ini biasanya mempunyai masalah psikologi. |
serial murder | pembunuhan bersiri | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan yang menyebabkan kematian tiga orang atau lebih secara berturutan dalam kejadian yang berbeza dengan tempoh masa bertenang antara setiap kejadian dengan cara pembunuhan yang hampir sama. Pembunuhan ini biasanya disebabkan oleh masalah psikologi pelaku. |
nazam | nazam | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris mengikut gaya timbangan syair Arab. Setiap baris itu mempunyai persamaan bunyi di hujungnya. Secara umumnya, puisi ini tidak begitu popular dalam kalangan alim ulama. Mereka mencipta nazam dengan melagukannya sebagai puji-pujian, khususnya terhadap Nabi Muhammad SAW. Contohnya, sebahagian daripada nazam �Pujio� atau Jawahir Sunniah oleh A.H. Edrus (Persuratan Melayu 2, 1960): Muhammad yang dibangkitkan akan dia, Dengan surah tauhid Tuhan yang sedia. Pada masa sangat umum syiriknya, Dengan sebab sangat banyak jahilnya. Maka menunjuklah ia akan kita, Dengan bujuk lagi nasihat yang nyata. Tunjuk pula hingga perang dengan pedang, Maka nyatalah agama putih terang. Mudah-mudahan membalas akan dia, Dengan baik bagi pihak yang mulia. Istilah nazam berasal daripada bahasa Arab nazm yang bermaksud �susunan�. |
cardiac output | keluaran jantung | Kejururawatan | Tiada | Jumlah darah yang dipam keluar semasa kontraksi ventrikel dalam masa satu minit. Semasa rehat setiap kontraksi ventrikel kiri biasanya mengepam 70 ml darah. Jika nadi seseorang 70 kali per minit, maka keluaran kardiaknya ialah 4900 ml. |