policy year experience | pengalaman tahun polisi | insurans | Tiada | Kiraan premium dan kerugian untuk setiap 12 bulan bagi setiap polisi yang berkuat kuasa. Kerugian yang berlaku semasa 12 bulan akan dicatatkan pada waktu itu walaupun pembayaran dibuat pada masa akan datang. |
herbal batch size | saiz kelompok herba | Herba | Tiada | Satu kuantiti yang ditetapkan bagi setiap kelompok barangan herba dalam suatu pengeluaran pada selang waktu yang ditetapkan. |
blank verse | sajak tanpa rima | Kesusasteraan | Puisi | Puisi moden yang tidak mempunyai rima di hujung setiap barisnya. Seki ranya rangkap sesebuah puisi itu terdiri daripada empat baris. ia tidak berima. Contohnya, puisi "Waktu" karya Ahmad Sarju. Seperti jarum yang berputar ke suatu sudut dan arah mengumpul segala rahsia memulakan suatu perjalanan. |
abecedarian | abecedarian | Kesusasteraan | Tiada | Huruf pertama pada setiap baris puisi yang berurutan mengikut susunan abjad. Contoh: Aku kembali Bawa rasa duka Cuma dengan rindu Duka mencucuk jiwa Entah di mana Fahamku tidak keruan Gugur bak gerimis Hingga basah di rumput diri. (Sumber : sajak �Menunggu Waktu� karya Arbak Othman (2017) |
batch processing record | rekod pemprosesan kelompok | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang berkaitan dengan setiap tahap dalam pemprosesan suatu kelompok produk herba. Rekod ini berdasarkan Formula Pengilangan dan Arahan Pemprosesan yang terkini dan disahkan. Rekod ini mengandungi maklumat seperti nama produk dan nombor kelompok yang dikilang, tarikh dan waktu operasi pengeluaran bermula dan berakhir, nama individu yang bertanggung jawab pada setiap tahap pengeluaran, dan maklumat lain yang berkaitan. Rekod ini adalah sebahagian daripada rekod pengilangan kelompok. |
batch packaging record | rekod pembungkusan kelompok | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang berkaitan dengan setiap tahap proses pembungkusan bagi suatu kelompok atau sebahagian kelompok produk siap herba. Rekod ini mengandungi maklumat lengkap kelompok produk seperti nama dan kuantiti produk pukal yang perlu dibungkus, kuantiti dan nombor produk siap, tarikh dan waktu operasi pembungkusan dan maklumat lain yang berkaitan . Rekod ini adalah sebahagian daripada rekod pengilangan kelompok. |