[se.tia.u.sa.ha] | ستياءوسها
Definisi : 1. orang yg diambil bekerja utk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dsb) utk orang perseorangan atau utk sesebuah pertubuhan; 2. pegawai yg mengendalikan pentadbiran dll sesuatu kementerian (jabatan dsb), orang yg mengendalikan pentadbiran sesuatu pertubuhan dsb: Ketua S~ Kementerian Luar Negeri; ~ Persatuan Sejarah Malaysia; ~ akhbar setiausaha kpd menteri yg tugasnya menyediakan draf ucapan menteri dan seterusnya mengurus penyiarannya dlm akhbar; ~ kehormat setiausaha yg menjalankan tu-gas atau berkhidmat secara sukarela (tidak diberi gaji atau upah); ~ parlimen setiausaha kpd menteri dlm urusan yg bersangkutan dgn parlimen; ~ peribadi setiausaha yg mengurus hal-hal peribadi seseorang di samping tugas-tugas rasminya; ~ politik setiausaha kpd menteri dlm urusan yg bersangkutan dgn politik; ~ sulit setiausaha yg mengurus urusan peribadi atau urusan sulit dsb seseorang atau sesebuah pertubuhan, syarikat, dsb; ~ syarikat pegawai kanan syarikat korporat yg bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dsb syarikat; kesetiausahaan (segala urusan) yg berkaitan dgn tugas atau profesion setiausaha: dia berjaya dipilih memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~; kerja-kerja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.tia.u.sa.ha] | ستياءوسها
Definisi : 1 pekerja yg menyelenggarakan urusan surat-menyurat atau membuat peringatan dll utk seseorang pegawai tinggi. 2 pegawai yg mengurus hal surat-menyurat (menjaga daftar keahlian, membuat rekod dll) sesuatu persatuan atau kelab. 3 pegawai yg mengurus pentadbiran sesuatu jabatan dll. ~ kehormat setiausaha yg menjalankan tugas atau yg berkhidmat secara sukarela (tidak diberi gaji atau upah). kesetiausahaan segala urusan yg berkaitan dgn tugas setiausaha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)