ajr mithl | upah setara | Perniagaan Islam | Tiada | Upah setimpal yang diterima oleh individu kerana perkhidmatan yang diberikan. Contohnya, buruh hendaklah dibayar dengan upah yang difikirkan setimpal dengan usahanya. |
retorsion | pembalasan setimpal | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan negara untuk membalas semula perkara yang pernah dilakukan secara seimbang seperti yang telah dilakukan oleh pihak lain terhadapnya. Contohnya, jika sesebuah negara mengambil tindakan diplomatik dengan menarik keluar para diplomatnya, negara yang berasa kehormatannya terjejas boleh mengambil tindakan yang serupa sebagai tindak balas. Tindakan ini tidak bercanggah dengan prinsip antarabangsa. |
appropriate penalty | penalti setimpal | Sukan | Tiada | Hukuman atau penalti yang dikenakan, bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. |
nemesis | nemesis | Kesenian | Drama dan Teater | Hukuman setimpal yang diterima oleh watak dalam drama bersesuaian dengan kesalahan dilakukan. Istilah ini berasal daripada nama salah satu Dewi Yunani. |
pairty principle | prinsip pariti | Pentadbiran | Tiada | Prinsip yang menyatakan bahawa autoriti hendaklah setimpal dengan tanggungjawab. |
Capital-intensive cropping | Tanaman modal tinggi | Pertanian | Agronomi | Tanaman yang memerlukan kos tinggi untuk ditanam dan diselenggarakan tetapi berpotensi memberi pulangan yang tinggi setimpal dengan pelaburan yang dibuat. Contohnya, tanaman intensif seperti pengeluaran bunga orkid dan bunga keratan lain memerlukan modal tinggi untuk menyediakan infrastruktur seperti rumah pelindung, sistem pengairan dan bilik sejuk. Di sebalik itu, hasil yang diperolehi dari pasaran bunga keratan adalah amat lumayan berbanding tanaman ekstensif seperti tanaman padi atau buah-buahan yang hanya memerlukan sebidang tanah. |
deception insurance/uncertainty insurance | gharar insurans | Ekonomi | Ekonomi Islam | Ketidakjelasan yang wujud dalam rukun ma‘qud ‘alaih (benda yang diakadkan) pada sesuatu akad insurans. Hal ini kerana pihak yang membeli polisi tidak mengetahui sama ada mereka akan menerima pampasan dan jumlah caruman berserta keuntungan. Mereka juga mungkin menerima jumlah pampasan yang tidak setimpal dengan caruman yang dibayar. Kewujudan unsur gharar ini menyebabkan skim insurans tidak sah dari segi hukum syarak. Oleh itu, skim takaful yang tidak mengandungi unsur gharar diwujudkan. Dalam skim takaful, para peserta secara kolektif akan menerima kembali semua caruman sama ada dalam bentuk pampasan atau baki caruman selepas pampasan dibuat bersama-sama keuntungan. Pengendali takaful pula tidak menanggung risiko kerugian kerana segala pampasan dibayar daripada kumpulan wang takaful peserta. |
zero defect | kesilapan sifar | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sasaran yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan untuk mengelakkan berlakunya salah tadbir dan sebarang kelemahan organisasi. Kesilapan sifar merupakan satu usaha dan tindakan maksimum untuk memastikan sistem pengurusan yang cekap dan adil, meningkatkan kemahiran dan kepakaran tenaga kerja, menyediakan infrastruktur yang lengkap, menjalin hubungan akrab antara majikan dengan kakitangan, memberi upah yang setimpal, membuat pemantauan dan pengawalan yang berterusan. Walau bagaimanapun, kesilapan sifar dilihat sebagai usaha yang sukar dicapai kerana wujud karenah birokrasi, amalan nepotisme dan mengutamakan kepentingan peribadi. |
just world hypothesis | hipotesis dunia adil | Psikologi | Psikologi Umum | Hipotesis tentang tingkah laku atribusi manusia yang suka mengaitkan tingkah laku dengan suatu situasi atau disposisi. Menurut hipotesis ini, individu percaya bahawa dunia ini adil dan keadilan itu tetap wujud. Manusia yang baik akan dibalas dengan ganjaran atau kebaikan manakala yang jahat pula akan menerima hukuman yang setimpal. Contohnya, jika individu secara tidak sengaja ditembak oleh polis, perasaan marah akan reda apabila masyarakat memikirkan bahawa individu yang mati tertembak itu tidak sepatutnya berada ditempat kejadian. |
waqf nazer | nazir wakaf | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pihak yang diberi hak untuk menjaga, mengurus dan membangunkan harta wakaf serta mengagihkan manfaat harta tersebut kepada penerima wakaf. Nazir boleh terdiri daripada wakif harta itu sendiri, mauquf ''alaih, pemerintah (hakim) atau pihak lain seperti individu tertentu dan institusi yang ditentukan oleh wakif atau pemerintah. Para fuqaha telah menetapkan bahawa seseorang nazir wakaf mestilah memenuhi syarat tertentu seperti Islam, berakal, baligh, adil dan mampu mengelola. Nazir berhak mendapat upah setimpal dengan tugas yang telah dilakukannya dan menuntut sebarang perbelanjaan pengurusan kecuali sekiranya ingin menjalankan tugas secara sukarela. Sinonim mutawalli. |