uneven bar | palang bertingkat | Sukan | Tiada | Alat senaman bagi gimnas perempuan, bertingkat dan mempunyai ketinggian 2.3 meter pada palang atas, manakala palang tingkat bawah setinggi 1.5 meter. |
ultra-high temperature treatment/UHT treatment | rawatan UHT | Pertanian | Agroteknologi | Proses untuk mengawet bahan makanan, terutamanya susu dengan cara menyahkumankannya menggunakan haba setinggi 135o C selama 1-2 saat, yang akan membasmi spora dalam susu tersebut. Susu UHT boleh tahan sehingga 6 - 9 bulan sebelum dibuka dan tidak perlu disimpan dalam suhu yang rendah. Rawatan UHT juga digunakan untuk mengawet bahan makanan lain seperti jus buah-buahan, krim, susu kacang soya, yogurt, sup dan madu. Proses rawatan UHT telah diperkenalkan pada tahun 1960 dan produk UHT mula digunakan pada tahun 1970. |
napier grass | rumput gajah | Veterinar | Tiada | Rumput yang ditanam dengan menggunakan keratan batang yang telah tua. Rumput ini mempunyai ciri-ciri pertumbuhan cergas, memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen, hasil bahan keringnya tinggi tetapi berkurangan pada musim kemarau. Rumput ini merupakan rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setinggi 2-5 meter. Namun, terdapat juga rumput jenis renek yang tingginya 1-1.5 meter. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah membiak dan mengeluarkan anak. Daunnya pula agak lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah peroi paling sesuai untuk tanaman rumput gajah. Ternakan lebih gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lebih lembut. Rumput gajah dipotong pada setiap 4-6 minggu dan hasil bahan keringnya ialah 20-30 tan/hektar setahun. Manakala, kandungan protein kasarnya pula sebanyak 10%. Nama saintifik: Pennisetum purpureum. |
suspension | ampaian | Pertanian | Tiada | Pergerakan jarak jauh zarah tanah, biasanya bersaiz <0.1 mm garis pusat , seperti berterbangan di atas angin setinggi > 15sm. |
two-hand chest shot | hantaran dada (Bola Keranjang) | Sukan | Tiada | 1. Mengumpan bola kepada pemain lain, sambil menerima umpanan tersebut secara hantaran dada, pada sukan bola sepak.,2. Hantaran bola dengan dua tangan dari setinggi dada, pada sukan bola keranjang. |
lift | lif; angkat, beban tampung | Kejuruteraan | Tiada | 1. Pelantar atau kereta tertutup yang bergerak turun dan naik dalam lubang syaf untuk mengangkut orang atau barangan.,2. Jarak di antara mana-mana dua permukaan.,3. Ketinggian yang ditutup pada sesuatu masa dalam penuangan tiang atau dinding konkrit, biasanya setinggi satu tingkat bagi bangunan.,.,5. Pesawat angkat terkendali kuasa untuk mengangkat atau menurunkan kapal dari satu jangkauan ke satu jangkauan yang lain tanpa menggunakan pintu air.,yang bergerak dalam benda alir. |
standard atmosphere | atmosfera piawai | Sains | Hidrometeorologi | 1. Taburan menegak hipotetis bagi suhu, tekanan serta ketumpatan atmosfera, yang mengikut perjanjian antarabangsa dianggap mewakili atmosfera bagi maksud penentukuran altimeter tekanan, penilaian prestasi kapal terbang, perekabentukan peluru berpandu dan kapal terbang, jadual balistik, dan sebagainya. Dalam keadaan itu udara dianggap mematuhi hukum gas sempurna dan persamaan hidrostatik yang apabila kedua-dua ini diambil kira bersama mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak berubah mengikut ketinggian. 2. Unit piawai tekanan atmosfera yang ditakrifkan sebagai tekanan yang dikenakan oleh suatu turus raksa setinggi 760 mm pada graviti piawai (980.665 cm/cm2) dan suhu 0�. |
standard atmosphere | atmosfera piawai | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Taburan menegak hipotetis bagi suhu, tekanan serta ketumpatan atmosfera, yang mengikut perjanjian antarabangsa dianggap mewakili atmosfera bagi maksud seperti penentukuran altimeter tekanan, penilaian prestasi kapal terbang, perekabentukan peluru berpandu dan kapal terbang, dan jadual balistik. Dalam keadaan itu udara dianggap mematuhi hukum gas sempurna dan persamaan hidrostatik, yang apabila kedua-duanya diambil kira bersama akan mengaitkan perubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu, udara dianggap tidak mengandungi wap air, dan pecutan graviti pula dianggap tidak berubah mengikut ketinggian. 2. Unit piawai tekanan atmosfera yang ditakrifkan sebagai tekanan yang dikenakan oleh suatu turus raksa setinggi 760 mm pada graviti piawai (980.665cm/cm2) dan suhu 0�C. |