Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.wa] | سيوا

Definisi : (séwa) 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai­menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh diguna­kan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk meng­gunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran; menyewa menggunakan (meminjam) dgn membayar sewa: sekarang mereka ~ sebuah bilik kecil; menyewakan = mempersewakan mem­beri orang lain menggunakan sesuatu dgn mengutip sewa: tuan rumah itu juga turut tertangkap kerana ~ rumahnya utk tempat berjudi; rumah-rumah petak itu didirikannya utk dipersewakan; tersewa berupaya (mampu) membayar sewa­nya: saya berpindah dr sebuah kedai ke rumah petak kecil, disewa berkongsi-kongsi, sebab tidak ~ sendiri; sewaan sesuatu yg disewa (disewakan): selepas perang mereka tinggal di sebuah bilik ~ kepunyaan seorang saudagar India; penyewaan perbuatan menyewa(kan); penyewa 1. orang yg menyewa: di serambi rumah itu memang banyak disediakan kerusi utk ~ duduk-duduk mengambil angin waktu petang; 2. wang dll utk membayar sewa: wang ~ rumah; ~ kecil orang lain yg menyewa tanah, rumah dsb drpd penyewa utamanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.wa] | سيوا

Definisi : /séwa/ 1 wang yg dibayarkan kerana memakai atau kerana meng­gunakan sesuatu: Rumah ini berapa ~nya? 2 boleh digunakan dgn mem­bayarkan wang: kereta ~; rumah ~. menyewa menggunakan sesuatu dgn membayar sewa: Ketika mula-mula sampai di Kuala Lumpur dahulu, saya ~ sebuah bilik di Kampung Pandan. menyewakan membenarkan orang lain menggunakan sesuatu dgn mengambil sewa: Di sini ada orang ~ pakaian pengantin. sewaan sesuatu yg disewa: askar ~ askar (biasanya orang asing) yg diupah utk berperang. penyewaan perbuatan, hal dsb menyewa atau menyewakan. penyewa 1 orang yg menyewa. 2 wang dll utk membayar sewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sewa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rental value insuranceinsurans nilai sewainsuransTiadalih. insurans sewa.
hired car insuranceinsurans kereta sewainsuransTiadaPerlindungan insurans khusus untuk kereta sewa.
rent insuranceinsurans sewainsuransTiadaInsurans harta yang menyediakan ganti rugi ke atas kerugian nilai sewa harta apabila tuan punya atau penyewa tidak dapat menggunakan harta tersebut sebab dirosakkan oleh peril yang diinsuranskan.
public housingperumahan awamPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSkim perumahan yang disediakan oleh pihak berkuasa untuk menyediakan tempat tinggal kepada golongan miskin. Lazimnya kadar sewa yang dikenakan di bawah kadar sewa ekonomi.
rentsewaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
economic rentsewa ekonomiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKonsep nilai sewaan sesuatu harta tanah berdasarkan nilai ekonomi kegunaan harta tanah tersebut.
tendered rentsewa tenderPenilaian Harta TanahTiadaTiada
tied rentsewa terikatPenilaian Harta TanahTiadaTiada
turnover rentsewa pendapatanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
welfare rentsewa ihsanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas