Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.wa/.tu] | سوقتو

Definisi : dlm waktu yg sama, pd masa (ketika), semasa: nelayan itu telah dirompak ~ menangkap ikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.wa/.tu] | سوقتو

Definisi : sama waktu dgn; pd waktu; semasa: ~ (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Peribahasa

Guna-guna alu,
     sesudah menumbuk dicampakkan.

Bermaksud :

Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genomic duplicationpenduaan genomikBioinformatikBioinformatik MolekulMekanisme utama yang menghasilkan bahan genetik sewaktu proses evolusi. Penduaan genomik merujuk kepada sebarang penduaan kawasan DNA yang mengandungi gen dan terhasil dari kesilapan yang berlaku sewaktu proses replikasi DNA, mekanisme pembaikan atau melalui proses spontan oleh elemen genetik yang bongkak. Contoh mekanisme adalah rekombinasi ektopik, polipoidi.
calorimetrykalorimetriKimiaKimia AnalisisTeknik pengukuran kuantiti haba yang terhasil sewaktu berlakunya tindak balas kimia, perubahan keadaan jirim, atau pembentukan larutan. Kaedah ini juga digunakan untuk menentukan muatan haba tentu, dan nilai kalori bahan api. Unit asas pengukuran ini ialah joule atau kalori.
pausejedaKesusasteraanPuisiProses pembacaan sama ada senyap mahupun kuat terutama sewaktu mendeklamasikan puisi. Lazimnya jeda bermaksud pemberhentian seketika arus penuturan atau pendeklamasian sesuatu baris puisi. Ini bertujuan untuk menandakan batas hubungan antara bahagian perkataan, frasa atau kalimat yang terdapat dalam sesuatu baris itu. Jeda juga memberikan ruang kepada seseorang penqeklamasi mengambil nafas terutama apabila mendeklamasikan sesuatu kalimat yang panjang. Dalam hal ini apabila seseorang pembaca itu salah meletakkan jeda, kesannya boleh merubah makna puisi yang dideklamasikan.
chromosome bridgejambatan kromosomBiologiTiadaJambatan yang terbentuk pada kromosom disentromer sewaktu anafasa akibat pemisahan dua sentromer ke kutub yang bertentangan. Bahagian ini selalunya terbentuk akibat songsangan kromosom parasentromer atau sebagai aberasi kromosom kesan aruhan sinaran dan akan menghasilkan juga keratan kromosom yang asentromer.
cadencealunKesusasteraanPuisiIrama ataupun rentak yang merupakan suatu gerak yang timbul sewaktu membaca atau melagukan sesebuah puisi. Gerak ini terjadi kesan daripada pengulangan sebutan sesuatu bunyi yang berturutan ataupun kemunculannya disebabkan tersekatnya arus pergerakan suara semasa mengujarkan sesuatu perkataan.
feeding bagbeg sajiSukanLumba BasikalBekas untuk mengisi makanan dan minuman sewaktu perlumbaan.
chromosomal RNARNA kromosomBiologiTiadaRNA yang terdapat pada kromosom semasa pembahagian sel atau sewaktu interfasa.
molecular sequence conservationpemeliharaan jujukan molekulBioinformatikBioinformatik MolekulUsaha untuk menjaga dan mengekalkan jujukan gen atau protein sewaktu berlaku evolusi bagi mengekalkan fungsinya.
otioseboros gayaKesusasteraanPuisiPenggunaan bahasa yang tidak terkawal. Sama ada kata, frasa, kalimat mahupun pembinaan baris sewaktu mengungkapkan pemikirannya.
gene suppressionperencatan genBioinformatikBioinformatik MolekulPengawalaturan pengekspresan di dalam sel untuk menghalang pengekspresan gen tertentu. Penindasan gen berlaku sewaktu proses transkripsi atau translasi.
1234

Kembali ke atas