Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[se.za.man] | سزمان

Definisi : pd zaman yg sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sezaman

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
classicalklasikKesusasteraanTiadaKarya puisi milik sesuatu bangsa yang telah dicetak atau masih dalam bentuk tulisan tangan dan mempunyai nilai sastera yang tinggi. Karya ini dijadikan ukuran untuk menentukan keberhasilan sesebuah karya sezaman atau kemudian daripadanya. Dalam konteks puisi Melayu tradisional, Syair Siti Zubaidah, Syair Perahu dan Syair Perang Makarnr adalah antara syair-syair Melayu yang dianggap klasik.
classical balladbalada klasikKesusasteraanPuisiPuisi kisah atau cerita tentang sesuatu atau seseorang tokoh pahlawan (legenda) yang lazimnya mengandungi nada romantis dan nilai sentimental, sama ada yang bercetak atau masih berbentuk lisan. Ciri-ciri yang menunjukkan sesebuah puisi itu tergolong dalam kategori balada klasik adalah dari segi nilai sasteranya yang tinggi, dijadikan ukuran menentukan keberhasilan puisi yang sezaman dengannya atau lebih kemudian.
EDVACEDVACTeknologi MaklumatTiadaAkronim bagi Electronic Discrete Variable Automatic Computer. EDVAC yang diperkenalkan pada tahun 1947 merupakan komputer berdigit elektronik yang memiliki atur cara terstor yang lebih maju berbanding ENIAC. EDVAC dibangunkan oleh Dr. John Mauchly dan J. Presper Eckert iaitu pereka yang turut membangunkan ENIAC. EDVAC lebih maju daripada ENIAC dan komputer lain yang sezaman dengannya kerana ingatan EDVAC lebih besar. Oleh itu EDVAC mampu menyimpan pelbagai atur cara di dalam ingatan yang menjadikannya komputer pelbagai guna.

armchair theoryteori kerusi empukSains PolitikPolitik PerbandinganTeori dalam bidang ilmu sains sosial yang dihasilkan tanpa kajian yang saintifik. Teori ini dihasilkan melalui pengamatan pemikiran dan imaginasi idealisme seseorang tokoh terhadap sesuatu fenomena yang diperhatikannya. Teori ini digarap tanpa kajian empirikal lapangan dan hanya berasaskan penaakulan dan logik akal peribadi. Contohnya teori Plato berhubung dengan persoalan pemerintahan, menyatakan bahawa golongan cendekiawan sahaja layak memegang dan mengetuai urusan pemerintahan negara. Premis tersebut dihasilkan tanpa proses penaakulan ilmiah yang saintifik, tanpa hipotesis khusus yang diuji, tidak ada pertimbangan deduksi dan metodologi yang teratur. Teori-teori yang dikemukakan oleh ahli falsafah seperti Plato, Socrates, Aristotle dan lain-lain yang sezaman dengannya, lazim dikategorikan sebagai teori kerusi empuk. Teori-teori sains sosial yang lahir selepas kemunculan aliran pemikiran positivisme barulah dikategorikan sebagai teori sains sosial yang bersifat saintifik.

Kembali ke atas