spherical astronomy | falak sfera/astronomi sfera | Matematik | Tiada | Cabang astronomi yang memberikan perhatian khusus terhadap usaha menentukan kedudukan dan gerakan ketara jasad samawi di dalam sfera samawi. |
pulsating sphere | sfera berdenyut | Fizik | Akustik | Sfera yang merupakan sumber mudah untuk menjana gelombang akustik dengan cara jejari sfera ini berubah secara sinusoid terhadap masa. Sumber ini biasanya menghasilkan gelombang yang memancar keluar, harmonik dan gelombang sfera kepada medium yang tak terhingga, homogen dan isotropi. Sfera pernafasan. |
correlation for mass transfer on isolated sphere | korelasi pemindahan jisim bagi sfera terasing | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi pemindahan jisim bagi sfera atau sistem sfera yang jauh terasing secara resapan terus molekul atau secara olakan (kesan olakan semula jadi boleh diabaikan) yang diungkapkan sebagai Sh = 2.0 + c Rem Sc1/3, dengan Sh = nombor Sherwood, Re = nombor Reynolds, Sc = nombor Schmidt, c, m = pemalar. |
great circle | bulatan agung | Matematik | Tiada | Bulatan yang terhasil apabila suatu sfera bersilang dengan satu satah yang melalui pusat sfera. Bulatan ini terletak pada permukaan sfera yang mempunyai jejari yang sama dengan sfera. Bandingkan bulatan kecil. |
Uhlbricht sphere | sfera Uhlbricht | Fizik | Optik | Sfera yang permukaan dalamannya berwarna putih memantul berbaur dan digunakan pada fotometer sfera terkamir. |
refracting spheres | sfera bias | Fizik | Optik | Sfera yang dibuat daripada bahan lut sinar yang mempunyai indeks biasan berbeza dari medium di sekelilingnya. Sfera ini digunakan untuk menunjukkan cara pembiasan dan pembentukan imej astigmat. |
diameter | diameter | Matematik | Tiada | 1. Sebarang garis yang menghubungkan dua titik pada bulatan atau sfera dan juga melalui pusat bulatan atau sfera berkenaan. 2. Panjang garis yang menghubungkan dua titik pada bulatan atau sfera dan juga melalui pusat bulatan atau sfera berkenaan. |
circle of sphere | bulatan sfera | Matematik | Tiada | Bulatan yang terbentuk daripada satah yang menyilang sfera samawi, bulatan gedang atau bulatan kecil bergantung pada sama ada satah itu melalui pusat sfera itu atau tidak. |
Stokes� law of drag coefficient | hukum pekali seret Stokes | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum yang menganggarkan pekali seret untuk sfera dalam aliran rejim rayap (pada halaju atau nombor Reynolds yang rendah) yang melewati sfera atau sistem sfera yang jauh terasing, yang dianggarkan sebagai FD = 3 p m ue CD, Dengan FD = daya seret, m = kelikatan, D = garis pusat, ue = halaju superficial, CD = pekali seret. |
spherical coordinate | koordinat sfera | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Sistem koordinat untuk analisis sistem berbentuk bebola atau sfera yang menggunakan arah paksi jejari R, sudut berkutub q, dan sudut azimut atau sudut arah. Koordinat sfera dihubungkan dengan koordinat Cartesan sebagai X = R sin q kos q, Y = R sin q sin q, Z = R kos q, uR = ux sin q kos q + uy sin q sin f + uz kos q, uq = ux kos q kos f + uy kos q sin f - uz kos q, uf = -ux sin f + uy kos f, dengan u = halaju, q = sudut berkutub, f = sudut azimut, x, y, z = jarak dalam paksi x, y, dan z, subskrip R, q, f = arah dalam paksi R, q, dan f, subskrip x, y, z = arah dalam paksi x, y, dan z. |