Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia/] | سياق

Definisi : 1. orang yg hidup miskin (biasanya tinggal di masjid dan mendapat rezeki drpd sedekah orang); 2. orang yg kerjanya menjaga masjid, pengawal masjid: lepas gendang maghrib ditabuh ~, dia cabut pulang; gentar ~ prb sifat orang siak jika terkejut lalu gaduh (gempar atau kecoh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia/] | سياق

Definisi : orang yg bekerja menjaga masjid atau surau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Dianella ensifoliasiak-siakHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba dalam famili Liliaceae yang dikenali juga sebagai siak-siak jantan. Siak-siak tumbuh di hutan sekunder dan belukar. Ketinggiannya mencapai 60 cm. Daunnya berbentuk linear dan tersusun rapat pada batang. Jambak bunganya panjang lebih kurang 30 cm dan bahagian hujungnya bercabang. Bunganya berwarna biru atau putih. Buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau semasa muda dan bertukar ungu kebiruan apabila masak. Bijinya berwarna hitam berkilau. Akarnya digunakan untuk merawat masalah kecacingan. Air rebusan akar diminum untuk merawat cirit-birit, sukar kencing dan keputihan. Air rebusan batang diminum untuk menghilangkan kelesuan. Daun yang ditumbuk lumat digunakan untuk merawat luka. Akar dan rizomnya digunakan dalam pembuatan kosmetik dan pewangi serta untuk menghalau tikus.

Kembali ke atas