day curtain | langsir siang | Umum | Tiada | Sejenis langsir yang lazimnya berwarna cerah atau jarang untuk kegunaan pada waktu siang. |
daylight factor | faktor sinar siang | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
daytime running light | lampu nyalaan siang | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Lampu aksesori tambahan yang dipasang pada kereta bagi membolehkan kenderaan dilihat dengan jelas untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya. |
bed rotting | dekam katil | Umum | Tiada | Tabiat seseorang yang suka menghabiskan masa bersantai di atas katil pada siang hari. |
anabasis | anabasis | Kesusasteraan | Puisi | Gaya klimaks, iaitu membentuk beberapa gagasan berturutan yang semakin jelas kesan pernyataannya. Contohnya, petikan gurindam 'Hari Nak Siang'. Tengah malam sudah terlampau, Dinihari belum lagi tampak, Budak-budak dua kali jaga; Orang muda pulang bertandang: Orang tua berkalih tidur; Embun jantan rintik-rintik, ... |
Recamier | Recamier | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perabot (sofa) bergaya Empire-Directoire yang digunakan reka bentuk bebas halangan renda alenkon sebagai tempat berbaring pada waktu siang. Sofa ini dinamakan sempena nama seorang tokoh kesusasteraan berbangsa Perancis abad ke-19, iaitu Jeanne-Francoise Julie Adelaide Bernard Recamier (1777-1849). |
conflict | pertikaian | Kesusasteraan | Puisi | Pertentangan yang ada kalanya bersifat lahiriah dan ada kalanya bersifat batiniah. Dalam puisi, pertikaian secara lahiriah ini jarang sekali dimunculkan oleh penyairnya berbanding dengan prosa. Kebiasaannya seseorang penyair itu lebih banyak menyuarakan perasaan hatinya apabila berhadapan dengan sesuatu yang kurang disenanginya. Contohnya, petikan daripada puisi "Perspektif' dalam antologi Bunga Gerimis karya Firdaus Abdu llah. malam bersama menung tidak berhujung siang bersama sesal seribu pangkal. |
octave | oktaf | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang terdiri daripada lapan baris dalam semua rangkapnya. Namun rimanya terutama rima hujung pada setiap baris kebanyakannya adalah bebas. Contohnya. puisi "Petani Abadi" dalam kumpulan Derita Buana karya Dharmawijaya. Puisi ini terdiri daripada tiga rangkap. Jumlah barisnya sama seperti rangkap pertama ini. jika engkau bertanya tentang rumah kehidupan menidurkan lelah akan kujawabkan siang malamnya bagai hujan badailah memancang ruang sawah ladang. |
loyal opposition | pembangkang setia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan seseorang atau organisasi yang berkhidmat sebagai pembangkang kepada kerajaan atau sesuatu parti, berasaskan kepada nilai-nilai demokrasi yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Pendirian ini berpegang kepada betapa pentingnya kedudukan pembangkang dalam memeriksa perjalanan kerajaan atau mungkin juga kerana faktor peribadi seperti pernah ditewaskan dalam pilihan raya sebelum ini. Pembangkang setia ini menjalankan tugasnya dengan baik dan komited serta dikenali dalam negaranya dengan imej pembangkang. Contoh pembangkang setia ialah Lim Kit Siang dan DAP di Malaysia. |
masnawi | masnawi | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi Arab yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu. Ia mempunyai empat baris bersajak berpasangan. Isinya ialah untuk melahirkan perasaan kasih sayang dan pemujaan terhadap orang Temama, memuja semangat kepahlawanan dan ada juga berunsur falsafah atau fikiran yang mengandungi pengajaran. Setakat mi yang ada hanyalah bentuk masnawi yang diterjemahkan atau yang dipetik secara langsung. Contohnya, Umar yang adil dengan perinya, Nyatalah pun adil sama sendirinya Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat yang benar dan sungguh. Dengan bedah antara isi alam. Ialah yang besar pada siang malam. Lagipun yang menjauhkan segala syiar. Imamulhak di dalam padang Mahsyar, Barang yang hak taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu. |