Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slab constructionpembinaan papakKesenianSeni Bina1. Proses menghasilkan papak konkrit secara binaan pasang siap yang dibuat di kilang dan kemudiannya dihantar ke tapak binaan. 2. Proses menghasilkan bancuhan konkrit di tapak binaan dan dibentuk menggunakan acuan daripada kayu atau logam.
tracing the circuitmenyurih litarTeknikElektrik1. Menjejak bahagian-bahagian aliran arus dalam litar atau menjejak sambungan komponen dalam sesuatu litar. 2. Menyalin semula atau menekap gambar rajah litar yang telah siap pada kertas surih sebelum gambar rajah itu dijadikan cetakan biru.
fillerpengisiPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Bahan yang digunakan untuk mengisi liang pada permukaan yang diketam atau dipelas, bagi mengurangi keronggaan permukaan ayu yang diproses untuk proses kemas siap. 2. Bahan lengai seperti sabut tempurung yang ditambah kepada rumusan perekat untuk mengurangkan kos dan menambahkan isipadu. 3. Bahan yang ditambahkan dalam proses pembuatan kertas bagi mengisi rongga di antara gentian lignoselulosa. Bahan ini menambahkan kelegapan, kecerahan, dan kelicinan kepingan kertas yang dihasilkan. Misalnya, debu liat, talkum, dan gipsum.
sulaksulakKesenianSeni Batik1. Proses membaiki corak batik lilin yang rosak, sama ada dengan memperbaiki atau menambah corak yang ada. 2. Proses membaiki dan menambah corak yang rosak pada stensil skrin untuk batik stensil-siap.
assembly linebarisan pemasangan (EKO, KERETA, IND.WANG)Kejuruteraan AutomotifTiada1. Baris pemasangan: Kemudahan bagi menyusun atur kerja-kerja di dalam loji untuk memasang komponen-komponen dari peringkat awal ke peringkat akhir sehingga siap keluarannya.
shirt waistkemeja pinggangKesenianTiada1. Blaus wanita berpotongan kemeja lelaki yang bercirikan belah di hadapan berkolar kemeja dan ada kalanya dipakai dengan tali leher hitam, diperkenalkan pada tahun 1890-an.,2. Blaus wanita bergaris leher santak, berbelah dan berbutang di belakang. Pakaian siap pakai yang pertama diperkenalkan selepas tahun 1920. Istilah ini lebih dikenali sebagai blaus.
shirt waisterkemeja pinggangKesenianTiada1. Blaus wanita berpotongan kemeja lelaki yang bercirikan belah di hadapan berkolar kemeja dan ada kalanya dipakai dengan tali leher hitam, diperkenalkan pada tahun 1890-an.,2. Blaus wanita bergaris leher santak, berbelah dan berbutang di belakang. Pakaian siap pakai yang pertama diperkenalkan selepas tahun 1920. Istilah ini lebih dikenali sebagai blaus.
batik sarungbatik sarungKesenianSeni BatikKain batik yang mempunyai kepala bercorak pucuk rebung, tubuh, kapit, tepi gigi dan gunung (tepi), dan berukuran 2.1 meter (2� ela) panjang yang dihasilkan dengan menggunakan blok lilin, blok stensil atau stensil siap.

Kembali ke atas